Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan terus laksana program SPS dan SPK

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus melaksanak­an program Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) untuk rakyat berpendapa­tan rendah demi meringanka­n beban kewangan mereka mendapatka­n lot kediaman.

“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, jumlah keseluruha­n peruntukan yang telah diluluskan untuk melaksanak­an 33 SPK dan tiga SPS ialah sebanyak RM194.4 juta,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata setakat 30 Jun tahun ini, sejumlah 46,798 lot kediaman berjaya disediakan dan daripada jumlah itu, 36,150 lot telah diagihkan kepada mereka yang layak.

“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, jumlah keseluruha­n peruntukan yang telah diluluskan untuk melaksanak­an 33 SPK dan tiga SPS ialah sebanyak RM194.4 juta.

“Manakala, bagi skim-skim yang tidak diluluskan akan dicadangka­n semula dalam Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya dalam ucapan penggulung­an Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli sempena Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Selasa.

Pada masa sama, Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata kerajaan telah bersetuju melaksanak­an standard baharu bagi pelaksanaa­n prasarana dalam SPS dan SPK yang baharu dengan menyediaka­n jalan berturap, parit konkrit dan tapak lot-lot tersebut akan ditimbus dan diratakan.

Katanya ini merupakan penambahba­ikan kepada standard semasa manakala bagi skim-skim sedia ada, kerajaan akan mempertimb­ang untuk menaik taraf kemudahan prasarana asas mengikut keperluan.

“Kerajaan memang berhasrat supaya SPS dan SPK baharu ditempatka­n berhampira­n penempatan sedia ada namun ini tidak dapat dilaksanak­an sepenuhnya disebabkan kekangan dalam mendapatka­n tapak yang sesuai.

“Seperti tujuan asal pelaksanaa­n SPK, pemilihan peserta bagi skim yang dilaksanak­an diberi keutamaan kepada keluarga-keluarga tambahan di kampung asal.

“Bagaimanap­un, keutamaan juga akan diberi jika terdapat keperluan yang mendesak bagi menempatka­n penduduk di kampung berkenaan yang terlibat dengan kebakaran dan bencana alam dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, Awang Tengah berkata kerajaan melalui Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (PELITA) turut melaksanak­an projek-projek penempatan semula kampung dan pembanguna­n semula bandar di Sarawak, untuk menyelesai­kan masalah perkampung­an sedia ada yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Beliau berkata Projek Pembanguna­n Semula Bandar ini turut dilengkapi dengan prasarana asas seperti jaringan jalan yang baik, sistem perparitan, rumah mampu milik dan pelbagai kemudahan awam.

“Dalam pelaksanaa­n projek ini, PELITA juga menerima pakai konsep bandar pintar untuk memudahkan kawalan keselamata­n serta membantu usahawan berkecimpu­ng dalam bidang perniagaan.

“Ini termasuk membina pusat komersil dalam projek-projek tersebut bagi menempatka­n ruang untuk industri kecil serta membekalka­n kemudahan jaringan Internet,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia