Utusan Borneo (Sabah)

Program Cradle menyumbang RM3.4 bilion kepada KDNK

Cradle biayai lebih 800 pemula niaga berasaskan teknologi

-

KUALA LUMPUR: Program Pelaburan Dana Cradle telah menyumbang RM3.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), mencipta 80,600 pekerjaan sepenuh masa dan berjaya menarik RM1.3 bilion pelaburan swasta dan asing sejak ia diperkenal­kan pada tahun 2008, kata penyelia dana teknologi, Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle, Razif Abdul Aziz berkata sejak penubuhann­ya Cradle telah membiayai lebih daripada 800 pemula niaga berasaskan teknologi dan telah membangunk­an jaringan pemula niaga rantau ini sehingga berkembang dengan ketara.

“Hari ini kita boleh lihat bagaimana pemula niaga ini berkembang menjadi lebih baik, lebih bermakluma­t dan mempunyai jaringan yang luas.

“Tetapi cabaran yang bakal mereka hadapi akan menjadi lebih besar kerana dunia hari ini semuanya berdasarka­n teknologi digital,” kata Razif dalam ucapannya pada seminar Cradle Buzz 2018 dan sambutan ulang tahun Cradle ke-15, di sini semalam.

Razif berkata Cradle di bawah 15 tahun pimpinan mantan CEO, Allahyarha­m Nazrin Hassan telah membiayai dana awal pemula niaga yang kini telah pun menyaksika­n kejayaan seperti syarikat MyTeksi (Grab), iMoney dan iPay88.

Katanya, Cradle dengan kerjasama Help Universiti telah menjalanka­n kajian impak Program Pelaburan Dana Cradle bagi tempoh 2008 - 2016 dan laporan penuh mengenainy­a akan diumumkan tidak lama lagi.

Persidanga­n satu hari Cradle Buzz 2018 itu telah dirasmikan oleh Pengarah Unit Strategik Kebangsaan Kementeria­n Kewangan Malaysia, Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Ia menyaksika­n penyertaan 305 pelabur dan usahawan syarikat pemula niaga yang membincang­kan pelbagai topik berkaitan dengan idea, hala tuju dan kedudukan syarikatsy­arikat baharu. — Bernama

“Hari ini kita boleh lihat bagaimana pemula niaga ini berkembang menjadi lebih baik, lebih bermakluma­t dan mempunyai ” jaringan yang luas. RAZIF ABDUL AZIZ Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia