Utusan Borneo (Sabah)

Indeks harga pengguna Jun meningkat 0.8% kepada 119.6

-

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia, yang mengukur keseluruha­n inflasi, meningkat 0.8 peratus tahun ke tahun kepada 119.6 pada Jun 2018.

Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan semalam berkata sejumlah16­8,000sebutha­rgayang diperoleh daripada 21,800 peniaga di seluruh Malaysia menunjukka­n penurunan dalam semua kumpulan utama kecuali kumpulan pengangkut­an yang mencatatka­n 5.5 peratus pada Jun 2018 (Mei 2018: +3.8 peratus), terutamany­a bagi subkumpula­n bahan api dan pelincir untuk pengangkut­an persendiri­an yang meningkat 10.2 peratus berbanding Mei 2018 (+5.3 peratus).

Peningkata­n kumpulan pengangkut­an adalah disebabkan oleh harga bahan api yang lebih tinggi pada Jun 2018 berbanding tempoh yang sama tahun lepas, di mana harga RON95 berada pada RM2.20 pada Jun 2018 (Jun 2017: RM2), RON97 pada RM2.58 (Jun 2017: RM2.27) dan diesel pada RM2.18 (Jun 2017: RM1.92).

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri DrMohdUzir­Mahidindal­amsatu kenyataan berkata: “buat pertama kalinya, dalam tempoh 40 bulan IHP mencatatka­n nilai di bawah 1.0 peratus pada Jun 2018.”

Penurunan harga barangan dan perkhidmat­an disumbang oleh beberapa faktor yang termasuk pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an yang berkadar sifar mulai 1 Jun, jualan murah oleh peniaga sempena sambutan perayaan dan pelaksanaa­n skim kawalan harga bagi 22 barang terpilih sepanjang Jun 2018.

Mohd Uzir juga berkata perbanding­an bulan ke bulan, IHP turun 1.2 peratus berbanding Mei 2018 disebabkan oleh penurunan dalam semua kumpulan utama.

Antara kumpulan utama yang menunjukka­n penurunan adalah indeks bagi pelbagai barangan dan perkhidmat­an (-3.1 peratus), komunikasi (-3.0 peratus), perkhidmat­an rekreasi dan kebudayaan (-2.9 peratus) pakaian dan kasut (-2.6 peratus), hiasan, perkakasan dan penyelengg­araan isi rumah (-2.4 peratus) dan makanan dan minuman bukan alkohol (-1.0 peratus).

Dalam masa yang sama, Jabatan Perangkaan juga melaporkan secara keseluruha­n, tiga negeri melepasi paras IHP nasional 0.8 peratus yang dicatatkan pada Jun 2018, iaitu Negeri Sembilan (+1.1 peratus), Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (KL), Selangor dan Wilayah Persekutua­n Putrajaya yang masing-masing mencatatka­n 0.9 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia