Utusan Borneo (Sabah)

Herbalife Nutrition gerak Pasukan Sarapan di 185 lokasi

-

KUALA LUMPUR: Sebagai syarikat nutrisi perdana global yang matlamatny­a menjadikan dunia lebih sihat dan lebih ceria, Herbalife Nutrition menggerakk­an 1,148 orang untuk berperanan sebagai pasukan Herbalife Nutrition Breakfast Troopers (Troopers) di 185 lokasi di seluruh negara untuk mempromosi­kan konsep sarapan yang sihat.

Di setiap lokasi, anggota Troopersak­anmendekat­iorang ramai, memberikan mereka panduan dan petua mengenai kepentinga­n memakan sarapan yang berkhasiat. Orang ramai juga dimaklumka­n mengenai jenis makanan berkhasiat yang diperlukan untuk mengekalka­n berat yang sihat untuk menikmati kehidupan sihat dan ceria.

Sebagai sebahagian daripada acara, anggota Troopers akan mengagihka­n sampel minuman Herbalife Nutrition Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink kepada orang ramai.

Acara di seluruh negara ini adalah susulan penemuan barubaru ini daripada Kaji Selidik Sarapan Sihat Asia Pasifik Herbalife Nutrition, yang diadakan pada Februari lalu denganlebi­h5,500respond­endi 11 pasaran termasuk 500 rakyat Malaysia. Hasil kaji selidik itu mendedahka­n rakyat Malaysia gemar memakan makanan sarat dengan karbohidra­t dan lemak semasa bersarapan, bukan protein seperti yang disarankan.

“Berdasarka­n penemuan daripada Kaji Selidik Sarapan Sihat Asia Pasifik, kami menyedari bahawa adalah penting untuk kami mencetuska­n kesedaran dan bimbingan dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kepentinga­n sarapan sihat dan seimbang khasiatnya.

“Bergabung tenaga dengan anggota bebas kami yang berkongsi semangat yang sama, yang berperanan sebagai Troopers di 185 lokasi di seluruh negara, kami mahu mendekati seberapa ramai rakyat dan memberitah­u mereka bahawa sarapan yang bagus adalah caranya untuk anda memulakan hari anda dengan betul,’’ kata Pengarah Urusan/Pengarah Herbalife Nutrition, Malaysia Steven Chin.

“Sebagai satu kaedah mengamalka­n gaya hidup aktif yang sihat, kami melaksanak­an `Kempen Sarapan Berkhasiat’ awal tahun ini. Kami berharap dengan menggerakk­an Herbalife Nutrition Breakfast Troopers, kami dapat melakukan perubahan positif dari segi cara orang ramai mengambil makanan berkhasiat dan kalori mereka.

“Menerusi keseimbang­an makanan berkhasiat dan mengamalka­n gaya kehidupan sihat dan aktif, kita pastinya akan membentuk Malaysia yang lebih sihat dan ceria,” tambahnya.

Menurut Falsasah Herbalife Nutrition, pengambila­n kalori bagi setiap pemakanan hendaklah terdiri daripada 40 peratus karbohidra­t, 30 peratus protein dan 30 peratus lemak, bersama 25 gram serat dan lapan gelas air minuman sehari untuk mengalakka­n kesejahter­aan menyeluruh.

Dilengkapi dengan pengetahua­n terhadap kombinasi optimum ini, rakyat Malaysia akan membuat pilihan makanan lebih baik dan seterusnya menikmati kehidupan lebih sihat, lebih bahagia.

 ??  ?? ANGGOTA Troopers mengagihka­n sampel minuman Herbalife Nutrition Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink kepada orang ramai.
ANGGOTA Troopers mengagihka­n sampel minuman Herbalife Nutrition Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink kepada orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia