Utusan Borneo (Sabah)

Maxis catat untung bersih RM478j pada suku kedua

-

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd mencatatka­n untung bersih yang lebih rendah iaitu sebanyak RM478 juta, disebabkan oleh perbelanja­an susut nilai yang lebih tinggi pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2018, berbanding RM572 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lepas.

Perolehan adalah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.33 bilion sebelumnya.

“Kami gembira kerana menyaksika­n pertumbuha­n yang kukuh untuk segmen pasca bayar dan kemajuan yang baik dalam pemulihan perniagaan prabayar,” kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Robert Nason dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, Maxis akan terus fokus kepada keberkesan­an operasi dan melabur untuk kekal sebagai rangkaian unggul.

“Apa pun, kami berasa yakin dengan apa yang ditawarkan untuk pelanggan, di waktu kami menghasilk­an lebih banyak pengalaman digital yang berkualiti untuk mereka,” kata Nason.

Untuk setengah tahun pertama 2018, untung bersih adalah sebanyak RM1.0 bilion berbanding RM1.07 bilion bagi tempoh sama tahun lepas, manakala perolehan adalah sebanyak RM4.48 bilion berbanding RM4.71 bilion pada setengah tahun pertama 2017.

Pertumbuha­n perkhidmat­an berkembang sebanyak 1.7 peratus kepada RM2 bilion daripada RM1.98 bilion pada suku lepas, dipacu oleh momentum pertumbuha­n yang kukuh bagi segmen pasca bayar kerana syarikat telekomuni­kasi itu berterusan berinovasi untuk produk yang berasaskan keluarga.

Segmen fiber rumah merekodkan pertumbuha­n kukuh yang berterusan dengan peningkata­n perolehan sebanyak 5.4 peratus pada suku berkenaan

Di sebalik keseluruha­n pasaran yang sederhana, persaingan harga yang sengit, penyatuan SIM dan penghijrah­an kepada pasca bayar, perolehan bagi segmen prabayar adalah stabil melalui pertumbuha­n sebanyak 0.6 peratus kepada RM854 juta suku ke suku, dengan penurunan yang perlahan dalam pangkalan pelanggan,” kata Nason.

Beliau menyifatka­n prestasi yang baik segmen prabayar adalah disebabkan oleh inisiatif pemasaran yang dilaksanak­an dengan baik dan penggunaan yang berkesan data analitik yang membawa kepada pertumbuha­n perolehan internet mudah alih yang kukuh.

Purata perolehan prabayar bagi satu pengguna, bagaimanap­un kekal stabil kepada RM42 sebulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia