Utusan Borneo (Sabah)

77 pemenang bertuah bawa pulang hadiah RM55,900 dalam Peraduan Power Root

-

KUALA LUMPUR: Pembelian produk Power Root ternyata memberi pengalaman yang tidak disangka dan menggembir­akan kepada 77 pemenang bertuah yang berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM55,900 melalui ‘Peraduan Senang Jer Menang’ anjuran Power Root, sebuah syarikat tempatan yang memahami kehendak pelanggann­ya.

Peraduan yang bermula pada 1 Mei di seluruh negara masih tinggal 18 minggu sehingga 31 Oktober.

Pengerusin­ya Datuk Afifuddin Abdul Kadir berkata: “Peraduan Senang Jer Menang adalah salah satu cara untuk berinterak­si dan memberi ganjaran kepada pelanggan kam.”

“Pada masa sama, kami tidak mahu menganjurk­an pertanding­an di mana pelanggan terpaksa mengisi borang penyertaan atau mengambil gambar dan ’tag’ gambar tersebut.

“Kami ingin memudahkan proses penyertaan supaya ia senang sahaja untuk menang dalam peraduan ini. Sehingga kini, kami telah menemui 77 pemenang bertuah di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kami menjangkak­an beberapa ribu pemenang bertuah lagi yang bakal muncul dalam tempoh empat bulan yang akan datang sehingga 31 Oktober, 2018.”

“Dengan kos sara hidup yang tinggi, ramai rakyat Malaysia merasai kesannya apabila perbelanja­an harian mereka semakin meningkat. Melalui peraduan ini, ia akan menjadi satu bonus untuk pelanggan setia kami dan kami berharap ia juga dapat menarik pelanggan baharu untuk membeli dan mencuba minuman produk kami,” katanya lagi.

Pemenang Nur Ihtisyam Nor Mohamad dari Selayang memang tidak menyangka beliau akan menang.

“Semasa membeli-belah, anak-anak menangis meminta membeli pek Alicafe Tongkat Ali & Ginseng Original. Saya pun belilah dan gores. Tak sangka dapat RM5,000. Macam tak percaya.

“Terima kasih kepada Power Root, duit ini saya akan guna untuk perbelanja­an anak-anak dan simpanan masa depan mereka,” katanya.

Bagi Mohd Azhar Abdul Ghani yang berasal dari Sabah pula, beliau berasa amat terkejut kerana pek Alicafe Tongkat Ali & Ginseng Original yang dibelinya betul-betul membawa tuah baginya kerana beliau peminum tegar Alicafe.

“Saya amat bersyukur dengan kemenangan duit ini dan akan membuat perbelanja­an untuk anak-anak dan isteri,” katanya.

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Alicafe, Alitea, Per’l atau Per’l Xlim. Jikalau pek mengandung­i kad gores ini bermakna pelanggan telah menang. Peraduan Senang Jer Menang ini berlangsun­g sehingga 31 Oktober, 2018 dan semua produk yang mengambil bahagian ada dijual di pasar raya-pasar raya utama, pasar raya-pasar raya besar dan kedai runcit bebas.

Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Senang Jer Menang, sila layari laman www.powerroot.com.my atau Facebook Alicafe, Facebook Per’l dan Facebook Powerroot. — Bernama

 ??  ?? UNTUK memenangi Peraduan Senang Jer Menang pelanggan perlu membeli manamana produk Alicafe dan gores.
UNTUK memenangi Peraduan Senang Jer Menang pelanggan perlu membeli manamana produk Alicafe dan gores.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia