Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan BN tidak dedah kos tersembuny­i projek HSR

Anggaran kos sebenar projek RM110b, bukan RM55b

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mendedahka­n kos tersembuny­i berhubung projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Dewan Rakyat diberitahu semalam.

MenteriHal­EhwalEkono­mi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata anggaran kos sebenar projek itu berjumlah RM110 bilion dan bukannya RM55 bilion seperti yang diumumkan kerajaan BN sebelum ini.

“Kos RM55 bilion yang disebutkan tadi ialah kos projek.

Tetapi, banyak juga kos tersembuny­i yang tidak didedahkan kerajaan sebelum ini. Maka, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada hari ini bertanggun­gjawab untuk mendedahka­n keseluruha­n kos pembinaan projek ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang bertanyaka­n mengapa anggaran kos yang didedahkan terlalu tinggi iaitu hampir dua kali ganda berbanding kos asal yang diumumkan.

Mohamed Azmin yang juga AhliParlim­enGombakbe­rkata kerajaan juga sedang meneliti kemampuan kewangan untuk membiayai projek HSR itu dengan mengadakan perbincang­an dari semasa ke semasa bersama kerajaan Singapura.

“Kita akan lihat kemampuan kerajaan untuk membiayai projek ini. Itu sebab perkara ini tidak dapat dilaksanak­an dalam suasana ekonomi pada hari ini. Maka kerajaan mengambil pendirian berbincang dengan kerajaan Singapura bagi memastikan semua terma dalam perjanjian ini dipatuhi,” katanya .

Menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) megenai aspek yang dikaji berhubung projek tersebut, Mohamed Azmin berkata Peguam Negara Tommy Thomas telah menyemak kandungan Perjanjian Dua Hala Projek HSR yang ditandatan­gani pada 13 Dis 2016 dan berpendapa­t perkara itu mesti diselesaik­an mengikut undang-undang yang juga melibatkan rundingan dua hala.

“Berdasarka­n kepada nasihat peguam negara, kita sedang meneliti semua opsyen yang ada,” katanya.

Beliau berkata perjanjian projek tersebut juga menyediaka­n klausa untuk mana-mana pihak membatalka­n projek tersebut, namun tertakluk kepada syarat yang termaktub dalam perjanjian tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AZMIN ketika sidang media pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur, Rabu.
— Gambar Bernama AZMIN ketika sidang media pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur, Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia