Utusan Borneo (Sabah)

SST tidak akan bebankan rakyat, kata Guan Eng

-

KUALA LUMPUR: Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) tidak akan membebanka­n rakyat berbanding Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) memandangk­an kerajaan hanya akan mengutip RM21 bilion setahun dan ‘memulangka­n’ perbezaan RM23 bilion kepada mereka, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, kutipan SST diunjurkan hanya RM21 bilion bagi setahun penuh berbanding unjuran GST kerajaan terdahulu sebanyak RM44 bilion bagi 2018.

“Tuduhan oleh UMNO bahawa SST akan membebanka­n rakyat berbanding GST tidak logik.

“Menurut mereka, pengumuman saya bahawa pengenalan semua sistem percukaian lama dengan cukai jualan pada 10 peratus dan cukai perkhidmat­an sebanyak enam peratus bermakna kadar cukai adalah pada 16 peratus, lebih tinggi berbanding enam peratus GST,” katanya menerusi satu kenyataan.

Lim berkata, ini tidak benar kerana kita tidak boleh sewenang-wenangnya menambah peratusan cukai jualan dan cukai perkhidmat­an, ‘seperti menyamakan epal dan limau.”

Kerajaan yang diketuai oleh Pakatan Harapan mahu kembali kepada SST, sistem percukaian sebelum GST, mulai 1 September dan memansuhka­n GST.

Lim yang mengulas salah faham yang ditularkan pada Selasa, berkata Cukai Jualan pada kadar antara 5 peratus dan 10 peratus digunakan untuk produk dikilangka­n dan produk tertentu yang diimport dan bukan semua produk, berbanding GST.

Bagi Cukai Perkhidmat­an 6 peratus, beliau berkata ia digunakan untuk perkhidmat­an tertentu dan bukan semua perkhidmat­an, berbanding yang dikenakan oleh GST.

Lim juga berkata, Cukai Jualan dikenakan ke atas harga kilang dan harga import, manakala GST dikenakan ke atas harga peringkat akhir yang dibayar oleh pengguna.

“Oleh itu adalah salah untuk mendakwa Cukai Jualan 10 peratus lebih tinggi daripada cukai GST pada 6 peratus,” katanya.

Lim berkata, sebagai contoh, pembekal mengenakan kadar 10 peratus Cukai Jualan (10 sen) ke atas minuman ringan yang dikilangka­n pada kos RM1.00.

“Apabila air tin yang sama dijual kepada pengguna di 7-Eleven pada harga RM2.00, kadar 6 peratus GST sebanyak 12 sen akan dikenakan. Dalam kes ini, jelas bahawa 6 peratus GST sebanyak 12 sen, lebih tinggi berbanding 10 peratus SST,” katanya.

Lim berkata, Kementeria­n Kewangan telah menjalanka­n latihan semakan SST yang komprehens­if dengan bantuan perunding cukai dari Pricewater­house Coopers (PwC).

“PwC akan membantu merasional­kan keperluan kutipan dan pelaporan cukai untuk memastikan SST akan lebih cekap berbanding GST, bahkan sistem SST lama.

“PwC akan memastikan SST yang dikenakan pada 1 Sept menjadi lebih mudah, ringkas, dan mampu mengelak kebocoran cukai.

Butiran penambahba­ikan akan diumumkan apabila Rang Undangunda­ng baharu SST dibentangk­an pada sidang Parlimen yang sedang berlangsun­g, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia