Utusan Borneo (Sabah)

Pelabur Hungary sifatkan Malaysia pintu masuk terbaik ke pasaran ASEAN

-

KUALA LUMPUR: Para pelabur dari Hungary menganggap Malaysia sebagai pintu masuk terbaik bagi membolehka­n mereka menembusi pasaran Asia Tenggara yang memiliki penduduk berjumlah 600 juta orang, menurut Duta Besar negara itu, Attila Kali.

“Di Malaysia, anda memiliki latar belakang perundanga­n dan institusi serta infrastruk­tur mantap yang perlu bagi membolehka­n syarikatsy­arikat memasuki pasaran Asean (Persatuan NegaraNega­ra Asia Tenggara). Malaysia merupakan satu destinasi yang menarik dan rakan kongsi untuk perniagaan Hungary,” kata duta itu.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa hubungan dua hala antara Budapest dan Putrajaya akan terus berkembang di bawah kerajaan baharu Malaysia.

“Saya optimistik dengan hubungan itu berdasarka­n keterbukaa­n dan komitmen kerajaan dalam meningkatk­an kerjasama ke tahap yang lebih tinggi,” katanya sambil menambah bahawa beliau menjangka dapat melihat pergerakan di tahap lebih tinggi antara kedua-dua negara pada tahun-tahun akan datang.

“Para pelabur Hungary melihat Malaysia sebagai pintu masuk ke seluruh Asean, dan Hungary juga sebaliknya boleh menjadi pintu masuk yang baik untuk syarikat Malaysia menembusi pasaran Eropah. Kami mempunyai pertanyaan daripada kedua-dua pihak berhubung peluang-peluang pelaburan,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Kali berkata, kedutaanny­a juga berusaha meningkatk­an kesedaran berhubung potensi perniagaan sedia ada di Hungary dan pada masa sama, membolehka­n perniagaan­perniagaan Hungary melihat peluang besar yang ditawarkan Malaysia.

“Kami melihat lebih banyak pertanyaan daripada perniagaan Hungary terutama dalam bidang teknologi maklumat (IT), penyelesai­an teknologi, peralatan perubatan serta industri makanan dan minuman seperti produk daging yang telah diproses. Terdapat cabaran bagi mendapatka­n akreditasi daripada pihak berkuasa Malaysia namun kami tidak akan berputus asa dan berusaha untuk mendapatka­nnya,” kata beliau.

Beberapa syarikat Hungary juga berminat untuk membawa penyelesai­an dan teknologi mereka ke pasaran Malaysia dengan kepakaran dalam bidang pengurusan air seperti penulenan, rawatan air sisa, sistem kuasa hidro berskala kecil dan teknologi hijau bertujuan mempromosi alam sekitar yang lebih bersih.

Kali berkata beliau juga ingin melihat lebih banyak penglibata­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari kedua belah pihak dalam perdaganga­n antara keduadua negara, serta berharap komuniti itu akan lebih aktif dan memainkan peranan lebih besar dalam perdaganga­n dua hala Hungary-Malaysia.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat lebih banyak penyertaan daripada syarikat multinasio­nal.

“Kedutaan sedang berusaha menyokong PKS Hungary untuk mencari peluang dalam pasaran Malaysia,” katanya.

Mengulas hubungan politik kedua-dua negara, Kali berkata ia berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang isu luar biasa antara Hungary dan Malaysia.

Berbekalka­n asas yang baik ini, langkah akan diambil untuk membina rangkaian ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan pelanconga­n, katanya.

Kali juga berkata kedutaanny­a kini aktif mempromosi Hungary sebagai sebuah destinasi pelanconga­n.

Terkenal dengan kekayaan seni bina klasik, budaya, khazanah semula jadi dan tapak warisan, ibu kotanya, Budapest, turut diberi jolokan “pusat spa dunia” sejak berdekad.

Satu lagi ciri popular Hungary ialah kekayaan perigi air panasnya yang mengandung­i mineral terlarut dan menyediaka­n kuasa perubatan serta penyembuha­n melalui mandian dan minuman.

Pada masa ini, terdapat lebih seribu perigi di Hungary yang membekalka­n air panas dan kebanyakan­nya digunakan bagi tujuan perubatan.

Terletak di Eropah tengah, Hungary merupakan sebuah negara bersaiz sederhana dalam Kesatuan Eropah dengan jumlah populasi kira-kira 10 juta orang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia