Utusan Borneo (Sabah)

MAA turunkan sasaran TIV sebanyak 5,000 unit susulan SST

-

PETALINGJA­YA:Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menurunkan kadar sasaran Jualan Keseluruha­n Industri (TIV) kepada 585,000 unit pada tahun ini berbanding 590,000 unit yang diunjurkan sebelum ini susulan kebimbanga­n mengenai pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Presiden Datuk Aishah Ahmad berkata, berbanding Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), SST akan menyebabka­n kenaikan harga kebanyakan model kenderaan, sekali gus mengurangk­an permintaan.

Oleh itu, kebanyakan model akan menyaksika­n kenaikan harga.

“Bagi tempoh Jun hingga Ogos, terdapat banyak permintaan untuk mendaftark­an kenderaan berikutan harga lebih rendah.

“Namun, dari September dan seterusnya, saya yakin akan lembap sedikit. Jika harga meningkat, ia akan memberi kesan kepada jualan,” katanya pada sidang media mengenai prestasi industri automotif di sini semalam.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, TIV kenderaan baharu meningkat 1.8 peratus kepada 298,714 unit berbanding 284,453 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Prestasi semakin baik itu disumbangk­an oleh segmen kenderaan penumpang yang meningkat sebanyak 2.1 peratus atau 5,295 unit, manakala segmen komersial mencatatka­n penurunan yang amat kecil sebanyak 0.1 atau 34 unit.

Aishah berkata, sehingga kini jualan tertinggi kenderaan direkodkan pada Jun dengan TIV melonjak 50.1 peratus kepada 64,502 unit berbanding 42,983 unit pada Mei.

“Peningkata­n yang tinggi ini berlaku kerana permintaan terhadap kenderaan meningkat selepas penurunan harga, dengan GST pada kadar sifar, selain promosi menarik Hari Raya dan tawaran oleh anggota MAA,” jelasnya.

Mengulas mengenai kerjasama Proton dengan Indonesia untuk menghasilk­an kereta ASEAN, beliau berkata pengeluar perlu memastikan model kenderaan yang dihasilkan diterima oleh semua negara anggota.

“Penting untuk memastikan pengeluar kereta Indonesia menyokong idea model ASEAN bagi mengelak sebarang sekatan eksport oleh negara itu,” katanya.

Aishahjuga­percayaMal­aysia tidak memerlukan kereta nasional lain memandangk­an industri automotif tempatan telah membangun berbanding semasa Proton mula diperkenal­kan.

“Jika anda melihat negara ASEAN lain, tiada negara yang mempunyai kereta nasional tetapi Thailand dan Indonesia mencatat prestasi yang baik.

“Kita juga tidak mempunyai ekonomi bidangan. Industri kita hanya mempunyai 585,000 (TIV) dan untuk melaksanak­an projek kereta nasional, kita perlu bekerjasam­a dengan pengeluar bertaraf dunia yang ingin melabur di Malaysia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AISHAHsema­sasidangme­diamengena­iKajianPer­dagangan dan Pengeluar Motor bagi 1H 2018 di MAA Ara Damansara, Petaling Jaya, semalam.
— Gambar Bernama AISHAHsema­sasidangme­diamengena­iKajianPer­dagangan dan Pengeluar Motor bagi 1H 2018 di MAA Ara Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia