Utusan Borneo (Sabah)

Pengenalan semula SST akan sebabkan peningkata­n kecil harga

-

KUALA LUMPUR: Pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pada September mungkin akan menyebabka­npeningkat­ankecil harga di negara ini, menaikkan Indeks Harga Pengguna (CPI) kepada 1.7 peratus pada 2019 daripada jangkaan sebanyak 1.5 peratus pada 2018.

Ketua Pakar Ekonomi RHB ResearchIn­stituteSdn­BhdPeck Boon Soon berkata, peniaga mungkin akan menyerap kos daripadaSS­Tdanmening­katkan sedikit harga mereka.

“Saya tidak begitu pasti bagaimana reaksi peniaga terhadap SST, sama ada mereka akan menjadi lebih terkawal atau tidak dalam meningkatk­an harga.

“Bagaimanap­un, saya percaya secara amnya akan terdapat sedikit peningkata­n, peniaga akan cuba untuk meningkatk­an harga mereka setiap tahun untuk menanggung kos menjalanka­n perniagaan yang mana akan berterusan meningkat,” katanya kepada Bernama.

MenteriKew­anganLimGu­an Eng pada Isnin mengumumka­n bahawa di bawah pengenalan semula SST, peruntukan untuk perkhidmat­an akan dikenakan cukai enam peratus manakala cukai jualan pada kadar 10 peratus – sama seperti dilaksanak­an sebelum Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dimulakan pada 1 April 2015.

Katanya, Rang UndangUnda­ngSSTdijan­gkadilulus­kan padapersid­anganDewan­Rakyat sekarang dan akan dilaksanak­an pada September.

Ditanya sama ada pengembali­an SST akan membawa kepada peningkata­n inflasi di negara ini, Peck berkata, kesannya hanya dapat dilihat tahun depan apabila CPI dijangka meningkat sedikit kepada 1.7 peratus daripada 1.5 peratus yang dijangkaka­n pada 2018.

“Unjuran inflasi utama untuk 2018 dan 2019 masih akan lebih rendah daripada 3.8 peratus yang direkodkan tahun lepas,” katanya.

Beliau menjelaska­n bahawa sebelum ini, kadar inflasi di Malaysia kebanyakan dipengaruh­i oleh tiga faktor iaitu harga bahan api, kadar tukaran wang dan GST.

“Kesan GST terhadap kadar inflasi dilihat lebih besar, yang mana sepatutnya ia tidak berlaku,” katanya.

Bagaimanap­un kata Peck, kadar enam peratus untuk perkhidmat­an dan 10 peratus untuk barang adalah selari dengan jangkaan pasaran, kerana dilaporkan secara meluas bahawa kerajaan Pakatan Harapan melihat undangunda­ng cukai lama – Akta Cukai Perkhidmat­an 1975 – selepas mengambil alih pemerintah­an daripada Barisan Nasional.

Justeru, beliau tidak melihat inflasi yang sederhana akan menyekat perbelanja­an pengguna di negara ini dan mengekalka­n pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 5.2 peratus seperti diramalkan RHB Research pada Disember tahun lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia