Utusan Borneo (Sabah)

‘Mamma Mia!’ kembali lagi dengan barisan pelakon bertaraf bintang

-

DI antara pokok zaitun dan banyak lagu ABBA, dunia muzikal ‘Mamma Mia’ mengambil alih sebuah teater di London pada Isnin lepas untuk tayangan perdana dunia bagi sekuel filem itu dengan pemenang anugerah Oscar, Meryl Streep, dan diva pop Cher di kalangan hadirin.

Sepuluh tahun selepas versi filem bagi muzikal teater yang popular ‘Mamma Mia! Here We Go Again’ menyaksika­n muka lama kembali dan muka baharu bernyanyi bersama ABBA berlatarbe­lakangkan sebuah pulau Greek yang cantik di mana bintangbin­tang menyanyika­n lagulagu daripada kumpulan dari Sweden yang begitu popular itu.

Jalan cerita menyusuli filem pertama, yang mengaut lebih AS$600 juta di ‘box office’, tetapi kali ini memaparkan imbasan ke masa silam untuk menjelaska­n bagaimana watak Meryl Streep, Donna, tiba di Greece.

Sementara peminat sudah menjangkak­an sekuel ini, dua anggota pengasas ABBA, Benny Andersson dan Bjorn Ulvaeus, berkata mereka tidak begitu suka dengan idea itu pada mulanya.

“Kami seakan-akan mahu melindungi filem pertama kerana kami sangat bangga dengannya, ia sangat bagus dan ia menjadi seperti sebuah filem kultus ... dan kami fikir kenapa mahu mengambil risiko ... mengambil dari legasi itu, jadi kami ragu-ragu,” kata Ulvaeus kepada Reuters.

Namun idea penulis filem itu untuk menjadikan­nya filem sekuel dan prekuel pada waktu yang sama membantu mengubah fikiran mereka, katanya.

“Saya ketawa dengan nyaring banyak kali ketika saya membaca (draf pertama skrip). Ia lucu, ia menyentuh hati, lalu kami kata teruskan dan di sinilah kita.”

Sambil melaungkan ‘Waterloo’, ‘Super Trouper’ dan ‘Dancing Queen’, peminat bersorak apabila Streep, Pierce Brosnan, Colin Firth, Amanda Seyfried dan Christine Baranski – yang membintang­i filem itu pada 2008 – tiba.

Pelakon tambahan dalam filem sekuel ini termasuk Lily James, yang berlakon sebagai Donna ketika muda, dan Cher, yang membawa watak ibu Donna.

“Saya tidak tahu apa yang saya jangkakan tetapi saya memasuki set penggambar­an dan saya hanya fikir semua orang sedang berseronok,” kata Cher.

Seperti filem pertama, filem sekuel mempunyai banyak adegan yang berwarna-warni dan lawak. Ia juga ada saat-saat yang menyentuh hati, kata anggota barisan pelakon.

“Ia adalah waktu yang hebat untuk filem ini keluar di dunia, kerana semua kita rasa sedikit murung mengenai dunia sekarang,” kata Baranski.

“Saya rasa orang akan diangkut ke pulau Greek yang cantik ini dengan semua watak yang disayangi ramai ini dan semua lagu yang hebat ini.”

Muzikal ‘Mamma Mia!’ bermula lebih 20 tahun lalu dan seterusnya mengadakan penerbitan di seluruh dunia dengan generasi peminat yang masih menyanyika­n dan menari mengiringi lagu-lagu ABBA kirakira 40 tahun selepas ia dikeluarka­n.

“Ia begitu merendahka­n hati dan saya bersyukur tetapi saya tidak dapat menyatakan saya faham bagaimana ia berlaku. Ia seperti satu keajaiban,” kata Ulvaeus mengenai kejayaan kumpulan itu.

“Tidak pernah dalam impian kami yang paling liar bahawa kami memikirkan lagu-lagu yang kami tulis ini akan bertahan begini lama”. — Reuters

 ??  ?? MERYL STREEP
MERYL STREEP
 ??  ??
 ??  ?? BJORN Ulvaeus dan Benny Andersson semasa tayangan perdana filem ‘Mamma Mia! Here We Go Again’ di London, Isnin lepas.
BJORN Ulvaeus dan Benny Andersson semasa tayangan perdana filem ‘Mamma Mia! Here We Go Again’ di London, Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia