Utusan Borneo (Sabah)

Menarik di PAWAGAM

-

Judul: Hotel Transylvan­ia 3: A Monster Vacation Bahasa: Inggeris

Sarikata: Melayu / Cina

Klasifikas­i: P13

Tarikh Tayangan: 19 Julai 2018

Genre: Animasi / Komedi / Kekeluarga­an

Durasi: 1 Jam 37 Minit

Pengedar: Sony Pictures Entertainm­ent Pelakon: Adam Sandler, Andy Samberg, Selena Gomez, Kevin James, Kathryn Hahn

Pengarah: Genndy Tartakovsk­y

Format: 2D

Sipnosis ~ Mavis mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang baik untuk bapanya dan telah merancang pelayaran keluarga di kapal layar besar. Ini adalah percutian jauh daripada semua orang yang bercuti di Hotel Transylvan­ia, tetapi sudah pasti rakan Drac turut mengikutny­a. Ketika dalam kapal, Drac mula jatuh cinta dengan kapten kapal. Mavis cuba menjauhkan bapanya daripada kapten itu, yang rupa-rupanya Ericka Van Helsing, iaitu waris musuh purba Drac, Abraham Van Helsing.

Judul: The Mermaid: Lake Of The Dead Bahasa: Inggeris

Sarikata: Melayu / Cina

Klasifikas­i: P13

Tarikh Tayangan: 19 Julai 2018

Genre: Seram / Romantik

Durasi: 1 Jam 30 Minit

Pengedar: GSC Movies

Pelakon: Victoria Agalakova, Igor Khripunov, Efim Petrunin, Nikita Elenev

Pengarah: Svyatoslav Podgayevsk­iy Format: 2D

Sipnosis ~ Ikan duyung jahat telah jatuh cinta dengan tunang Marina, Roman dan mahu menjauhkan lelaki itu daripada Marina dengan membawanya ke Kingdom of Death bawah air. Ikan duyung itu sebenarnya seorang wanita yang lemas beberapa abad dahulu. Marina hanya mempunyai masa satu minggu sahaja untuk mengatasi ketakutann­ya dan menentang makhluk itu demi menyelamat­kan tunang dan juga dirinya sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia