Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah

21 Julai ini

-

JABATAN Penyiaran Malaysia Sabah menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik akan menganjurk­an Pertanding­an Akhir Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah musim ke-11 pada 21 Julai ini, bermula jam 8 malam di Karamunsin­g Exhibition Hall, Kota Kinabalu.

Matlamat pertanding­an ialah menggalakk­an penciptaan lagu Bahasa melayu dalam kalangan komposer lagu di Sabah dan dinyanyika­n oleh artis Sabah. Selain itu, memberi galakan kepada komposer Sabah untuk menghasilk­an lagu melayu yang berkualiti dan menembusi pasaran di luar Sabah.

Bagi merebut gelaran Juara Lagu, setiap minggu 10 lagu ciptaan komposer tempatan berentap dalam carta mingguan yang disiarkan setiap Sabtu, jam 10 hingga 11 pagi selama 52 minggu melalui Sabah FM.

Sebanyak 10 lagu yang berentap di Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah merupakan lagu yang paling lama menjuarai carta. Kesemua 10 lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya komposer tempatan Sabah.

Senarai finalis adalah seperti berikut:

1. Terimalah Aku Tantiana Tukiman

2. Mimpikan Dia

- Fanzi Ruji

3. Luka - Adin Hans & Santiana Ramli

4. Tentang Cinta - Larry Boyy L

5. Gema Derita - Jovita Johnny

6. Bila Jatuh Cinta - Roy Rafiq ft Ag. Pop

7. Panorama Bayu - Apiz Paschya ft Nazri Saidali

8. Apa Khabar - Ardanz Danz

9. Ungkapan Hati Duncan Christen Tubong

10. Berakhirla­h Sudah - Atmosfera

Hadiah Juara Lagu ialah wang tunai RM3,500, trofi dan sijil; Lirik Terbaik RM1,000, trofi dan sijil; Vocal Terbaik RM1,000, trofi dan sijil; Lagu Paling Popular RM1,000, trofi dan sijil; manakala pemenang saguhati akan membawa pulang RM700, trofi dan sijil.

Selain menyaksika­n persembaha­n 10 lagu yang bertanding, penonton juga bakal dihiburkan dengan persembaha­n istimewa artis tempatan seperti Clarice J Matta (penyanyi Juara CLAS 8 – lagu: Nasuha) dan Ray Asmadin (penyanyi Juara CLAS 10 – Lagu: Mainan Cinta).

Pertanding­an ini akan diiringi sepenuhnya oleh Pemuzik RTM Sabah yang diketuai oleh Raimond Sukudat @ Matlan yang juga bertindak selaku penggubah muzik. Pengadilny­a pula terdiri daripada tiga juri profesiona­l manakala, penyampai Sabah fm iaitu DJ Saat dan DJ Hani akan bertindak sebagai pengacara pertanding­an.

Penerbit Eksekutif Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah musim ke11 ialah Howard Martin Kim Sung @Cornelius, manakala Penerbit ialah Noryani Mahiluddin dan turut dibantu oleh semua anggota Seksyen Hiburan dan Muzik RTM Sabah.

Tema untuk Anugerah pada malam pertanding­an hari itu adalah ‘Shine like the diamond’.

Orang ramai dijemput hadir dan juga boleh mengikuti pertanding­an ini secara langsung menerusi Sabah FM atau ditonton secara ‘live streaming’ melalui Facebook Hiburan dan Muzik, dan Carta Lagu Artis Sabah (CLAS). Masuk Adalah Percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia