Utusan Borneo (Sabah)

Dasar pendidikan dikaji semula

Menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pendidikan akan menubuhkan sebuah jawatankua­sa untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Menteri berkenaan Dr Maszlee Malik berkata jawatankua­sa itu berperanan untuk mengkaji semula falsafah dan dasar pendidikan negara termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti.

“Ia juga meliputi kesedaran sivik dan juga pembentuka­n nilainilai murni serta pengukuhan sains dan teknologi,” katanya ketka menjawab soalan Ahmad Faizal Azumu (PH-Tambun) mengenai hala tuju pendidikan kebangsaan ketika sesi soal jawab.

Katanya jawatankua­sa itu akan dianggotai pakar akademik, politik, agama serta wakil badan bukan kerajaan.

Menjawab soalan tambahan anggota yang sama mengenai langkah diambil untuk mengalakka­n penggunaan bahasa Inggeris tanpa meminggirk­an bahasa Malaysia terutamany­a buat golongan luar bandar, beliau berkata kementeria­nnya akan menambah penghantar­an guru pakar bahasa Inggeris ke kawasan luar bandar.

Katanya selain itu langkah akan diambil bagi meningkatk­an kemahiran bahasa Inggeris dikalangan guru yang sedia ada, mengundang guru yang telah bersara serta siswazah untuk sama-sama terlibat dalam usaha meningkatk­an penggunaan bahasa itu serta mengambil guru pelatih dari luar.

“Menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti. Ia juga meliputi kesedaran sivik dan juga pembentuka­n nilai-nilai murni serta pengukuhan ” sains dan teknologi. DR MASZLEE MALIK Menteri Pendidikan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia