Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Moginakan Aidilfitri meriah

Keprihatin­an ibu bapa jana kecemerlan­gan

- Oleh SALMAN ABADI menyampaik­an duit raya kepada murid-murid prasekolah SK Sagindai.

Majlis Moginakan Hari Raya Aidilfitri 2018 Sekolah Kebangsaan (SK) Sagindai, Ranau, berlangsun­g dalam suasana meriah di dewan terbuka sekolah itu.

Guru Besar SK Sagindai Paiman Abdul Ghani berkata penganjura­n majlis itu merupakan hasil usaha dan kerjasama seluruh warga sekolah dan juga para ibu bapa yang bertungkus lumus menyediaka­n pelbagai juadah.

Katanya, bersesuaia­n dengan bulan Syawal yang baru berlalu, sambutan itu merupakan acara tahunan sekolah bagi menghayati hari-hari perayaan Islam serta merealisas­ikan hasrat kerajaan dalam membentuk warganegar­a yang mengamalka­n nilai-nilai murni, bertoleran­si dan saling menghormat­i tanpa mengira latar belakang agama serta budaya.

Berucap di majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan Abidin Madingkir berterima kasih atas jemputan merasmikan sekali gus meriahkan majlis itu sambil memuji semangat kesatuan seluruh warga SK Sagindai dan para penduduk kampung khasnya para pemimpin masyarakat setempat yang turut serta dalam majlis itu.

“Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama pada pagi ini bagi meraikan Majlis Moginakan Hari Raya Aidilfitri di sini. Saya amat senang hati melihat ibu bapa hadir membantu guru-guru menjayakan program yang mulia ini,” katanya.

Katanya, usaha dan komitmen seumpamany­a mencermink­an keprihatin­an ibu bapa sekali gus membantu menjana kecemerlan­gan anak-anak sekolah di sekolah itu.

“Selain tenaga pengajar sekolah ini, peranan ibu bapa juga amat perlu untuk kelancaran penganjura­n pelbagai program yang diadakan di sekolah,” katanya yang turut menyampaik­an sumbangan duit raya kepada muridmurid prasekolah di SK Sagindai.

Beliau menambah, tanggungja­wab guru sangat kompleks untuk mendidik anak murid di sekolah, manakala ibu bapa pula membantu guruguru, misalnya memantau pembelajar­an anak-anak ketika di rumah.

“Tahniah guru-guru SK Sagindai khasnya guru besar dan Yang Dipertua PIBG Janios Godok termasukla­h warga pendidik di sekolah serta para ibu bapa yang telah bekerjasam­a berganding bahu mempersiap­kan majlis yang sempurna ini,” ujarnya.

Pada majlis itu, Abidin turut dibawa meninjau dan melihat sendiri kerosakan astaka padang SK Sagindai yang telah usang dan reput dimamah usia. Astaka itu memerlukan tindakan pembaikan atau pembinaan semula demi kemudahan dan keselesaan warga sekolah ketika mengadakan pelbagai aktiviti sepetti acara sukan, gotongroyo­ng dan sebagainya.

Selain meraikan sambutan Aidilfitri, antara objektif sambutan majlis itu ialah membentuk sahsiah diri yang baik dan menghayati kepelbagai­an budaya cara hidup masyarakat majmuk, di samping memupuk jalinan silaturahi­m serta saling bermaaf-maafan sesama warga sekolah.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda Upko Ranau Hisyamuddi­n Harun, Ketua Kampung Sagindai Nuraini, Ketua Kampung Matupang Siansim Kebindong, Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kesejahter­aan Kampung (JKKK) Sagindai Maznah Jasmin dan Pengerusi JKKK Matupang Wilson Lion.

“Beliau menambah, tanggungja­wab guru sangat kompleks untuk mendidik anak murid di sekolah, manakala ibu bapa pula membantu guru-guru, misalnya memantau pembelajar­an anak-anak ketika rumah.” di PAIMAN ABDUL GHANI Guru Besar SK Sagindai

 ??  ?? ABIDIN
ABIDIN
 ??  ?? ABIDIN (dua kiri) meninjau sendiri kerosakan astaka padang SK Sagindai yang usang dan reput sambil diperhatik­an Paiman (kanan) dan Hisyamuddi­n (belakang).
ABIDIN (dua kiri) meninjau sendiri kerosakan astaka padang SK Sagindai yang usang dan reput sambil diperhatik­an Paiman (kanan) dan Hisyamuddi­n (belakang).
 ??  ?? ABIDIN (belakang, lapan kanan) bergambar kenangan bersama guru-guru dan AJK PIBG SK Sagindai.
ABIDIN (belakang, lapan kanan) bergambar kenangan bersama guru-guru dan AJK PIBG SK Sagindai.
 ??  ?? ABIDIN (dua kanan) beramah mesra dengan guru besar dan para pemimpin masyarakat setempat.
ABIDIN (dua kanan) beramah mesra dengan guru besar dan para pemimpin masyarakat setempat.
 ??  ?? WARGA pendidik SK Sagindai dan AJK PIBG antara yang bertungkus­lumus menjayakan majlis itu.
WARGA pendidik SK Sagindai dan AJK PIBG antara yang bertungkus­lumus menjayakan majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia