Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar Ipdas dalami bidang psikologi dakwah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PROGRAM Psikologi Dakwah bantu mantapkan pengetahua­n pelajar untuk mendalami bidang psikologi.

Bertemakan Bila Hati

Mula Berbicara, program selama lima hari itu berjaya melibatkan seramai 54 pelajar Semester 5 Diploma Dakwah Islamiyyah Institut Pengajian Islam dan Dakwah (Ipdas) Sabah.

Pensyarah yang juga penyelaras program Jundia Ali berkata, selain kuliah, para pelajar dapat pendedahan secara tidak formal dengan mengikuti program berkenaan.

Katanya, penghayata­n tentang kepentinga­n mempelajar­i pendekatan psikologi dapat diterapkan menerusi aktiviti yang dijalankan.

“Ini juga kaedah yang sesuai supaya para pelajar lebih bersedia berhadapan khalayak yang pelbagai perwatakan­nya.

“Kita dapat lihat kerjasama serta penglibata­n aktif setiap pelajar sepanjang program ini berlangsun­g,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian penutupan program itu di Keningau, baru-baru ini.

Jundia berkata, menerusi program itu, ia mewujudkan ukhuwah dan mengeratka­n ikatan silaturahi­m bukan sahaja dalam kalangan pelajar.

Malah katanya, suasana santai dan harmoni berjaya ditunjukka­n antara pelajar dan pensyarah yang terlibat.

Menurutnya, antara aktiviti yang dijalankan termasukla­h pameran ilmiah, syarahan dan tazkirah pelajar, al-Quran Hour, Dapur Junior dan Kuasa Minda.

 ??  ?? PELAJAR Semester 5 Diploma Dakwah Islamiyyah Ipdas yang menjayakan Program Psikologi Dakwah.
PELAJAR Semester 5 Diploma Dakwah Islamiyyah Ipdas yang menjayakan Program Psikologi Dakwah.
 ??  ?? AKTIVITI pameran ilmiah yang dikendalik­an pelajar.
AKTIVITI pameran ilmiah yang dikendalik­an pelajar.
 ??  ?? SESI perkongsia­n selepas aktiviti ceramah.
SESI perkongsia­n selepas aktiviti ceramah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia