Utusan Borneo (Sabah)

Penerbanga­n 737 Air China dikurangka­n gara-gara vape

-

SHANGHAI: Pihak berkuasa China telah mengurangk­an penerbanga­n pesawat 737 oleh syarikat penerbanga­n utama Air China selain menarik balik lesen juruterban­g kru kokpit yang terbabit dalam satu kecemasan di udara disebabkan oleh asap vape seorang pembantu juruterban­g, kata media kerajaan semalam.

Sebuah pesawat 737 Air China melakukan penurunan kecemasan yang pantas pada minggu lepas setelah pembantu juruterban­g dengan silap menutup sistem pendingin hawa dalam usaha untuk menyembuny­ikan asap e-rokoknya.

Insiden itu, yang menyebabka­n pengeluara­n topeng oksi-gen penumpang, berlaku dalam penerbanga­n dari Hong Kong ke kota timur laut Dalian.

Pentadbira­n Penerbanga­n Awam China (CAAC) sudah mengurangk­an penerbanga­n pesawat 737 bagi syarikat penerbanga­n itu sebanyak 10 peratus dan mengarahka­nnya untuk menjalani kerja pembaikan keselamata­n selama tiga bulan, kata China Central Television (CCTV).

Badan pemantau penerbanga­n itu turut mendenda Air China sebanyak 50,000 yuan (RM37,750).

Pesawat Boeing 737 merupakan lebih 40 peratus daripada armada pesawat Air China setakat hujung tahun lepas, laporan syarikat menunjukka­n.

Saham Air China jatuh lebih dua peratus di Shanghai pada pagi semalam selepas hukuman itu diumumkan.

CAAC menyatakan drama itu tercetus apabila pembantu juruterban­g, yang cuba menghalang asap vape daripada menular ke dalam kabin utama, tanpa sengaja menutup pendingin hawa.

Ia menyebabka­n penurunan dalamparas­oksigenkab­inyang seterusnya menghidupk­an sistem amaran kecemasan yang menunjukka­n jet itu mungkin telah terbang terlalu tinggi dan mengarahka­n juruterban­g untuk turun dengan cepat.

Merokok tidak dibenarkan di atas pesawat penerbanga­n penumpang komersil di China.

Laporan media China memetik penumpang dan laman penjejak penerbanga­n sebagai berkata pesawat itu mungkin telah turun dengan cepat sejauh beberapa ribu meter.

Tiada kecederaan dialami 153 penumpang dan sembilan kru pesawat terbabit, kata CAAC. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia