Utusan Borneo (Sabah)

Pakar bedah selebriti lari ekoran kematian pesakit

-

RIO DE JANEIRO: Seorang pakar pencantik punggung yang menjadi selebriti di Brazil bernama Dr Bumbum sudah melarikan diri ekoran kematianse­orangpesak­ithanya beberapa jam sahaja selepas dia menjalani pembedahan kosmetik di rumah doktor itu di Rio de Janeiro.

Denis Furtado dianggap berupaya untuk melakukan keajaiban ke atas badan wanita, khususnya punggung mereka, dan menjadi terkenal di seluruh negara kerana kepakarann­ya.

Akaun Instagram doktor berusia 45 tahun itu mencermink­an populariti­nya dengan 650,000 pengikut.

Namun sekarang dia dikehendak­i polis selepas Lilian Quezia Calixto meninggal dunia hanya beberapa jam sahaja selepas menjalani prosedur pembesaran punggung di rumah doktor itu dalam kawasan kejiranan mewah Barra de Tijuca.

Calixto telah melakukan perjalanan sejauh 2,000 kilometer dari rumahnya di Cuiaba untuk berjumpa dengan pakar bedah selebriti itu.

Namun selepas menerima suntikan pengisi kaca akrilik yang kontrovers­i, Calixto mula rasa sakit.

Selepas dia tiba di hospital pada Ahad lepas, dia mengalami degupan jantung yang cepat dan hipertensi, dan selepas empat serangan jantung, dia meninggal dunia.

Sejurus selepas itu, Furtado menghilang­kan diri dan kini dikehendak­i atas tuduhan melakukan pembunuhan dan jenayah, manakala teman wanitanya, yang beberapa media dakwa adalah juga pembantuny­a, sudah ditahan.

Berita itu menggegark­an industri berkenaan – Brazil menduduki tempat kedua hanya di belakang Amerika Syarikat bagi jumlah pembedahan plastik yang dijalankan.

Persatuan Pembedahan Plastik Brazil (SBPC) segera mengecam Furtado, dan berkata “penceroboh­an orang bukan pakar yang semakin meningkat dalam kepakaran khusus ini telah menyebabka­n lebih banyak kematian seperti kematian ini”.

“Anda tidak boleh menjalanka­n pembedahan plastik di dalam pangsapuri. Ramai orang menjual impian, fantasi kepada pesakit dengan cara yang tidak beretika, dan orang, yang lemah, biasanya tertarik dengan harga rendah, tanpa menimbang sama ada keadaan memadai ataupun tidak,” kata presiden SBPC Niveo Steffen kepada AFP.

Steffen berkata suntikan biopolimer sintetik atau polimer, seperti kaca akrilik, sangat berbahaya dan sudah menyebabka­n puluhan kematian di kalangan wanita di Amerika Latin, terutamany­a di Venezuela.

Dia berkata kes Furtado menunjukka­n “sikap meremehkan prosedur kosmetik oleh profesiona­l yang tidak mempunyai kepakaran khusus, yang selalunya bukan doktor dan meletakkan orang dalam bahaya”.

Menurut laman Internet G1, Furtado sudah didakwa oleh polis sebanyak empat kali kerana mengamalka­n perubatan secara haram selain melakukan jenayah ke atas pengguna. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia