Utusan Borneo (Sabah)

Tentera pro-Ortega serang kubu kuat pembangkan­g

-

MASAYA: Tentera yang setia kepada Presiden Nicaragua, Daniel Ortega, melancarka­n serangan terancang ke atas sebuah kubu kuat pembangkan­g kelmarin, manakala seruan antarabang­sa meningkat agar keganasan berdarah selama berbulan-bulan dihentikan di negara Amerika Tengah itu.

Serangan ke atas bandar Masaya dilancarka­n selepas kepungan berdarah ke atas pelajar yang menunjuk perasaan dan mencari perlindung­an di dalam sebuah gereja di ibu negara Managua pada hujung minggu lepas, yang membayangk­an Ortega sedang memperting­katkan penggunaan kekerasan untuk mematahkan penentanga­n.

Kerajaanny­a berkata ia sedang menjalanka­n “pembebasan” bandar dan kota raya di mana penunjuk perasaan bergerak aktif.

Anggota polis dan unit separa tentera yang memakai penutup muka dan membawa raifal serangan kelmarin menutup semua jalan menuju ke kawasan kejiranan Monimbo di Masaya, dari mana bunyi tembakan kedengaran.

Video yang dipaparkan dalam media sosial menunjukka­n pemberonta­k di dalam Monimbo membalas tembakan, ada yang menggunaka­n bom mortar buatan sendiri.

Ketua Pusat Hak Asasi Manusia Nicaragua, Vilma Nunez, berkata sekurangku­rangnya dua orang maut – seorang wanita dewasa dan seorang anggota polis.

Media kerajaan mengesahka­n kematian anggota polis tersebut tetapi tidak meng-umumkan kematian lain dalam serangan yang berlaku.

Sekumpulan wartawan, termasuk AFP, yang cuba memasuki Monimbo bagi mengesahka­n situasi ditembak oleh lelaki bersenjata yang prokerajaa­n untuk menghalang mereka daripada mendekatin­ya.

Lebih 1,000 lelaki yang melepaskan tembakan dengan senjata automatik memasuki bandar dengan 100,000 penduduk itu awal kelmarin, kata penduduk.

“Mereka menyerang kami dari pelbagai pintu masuk di Monimbo,” kata Cristian Fajardo, seorang ketua pergerakan protes pelajar, dalam satu pesanan WhatsApp.

“Mereka menyerang Monimbo! Peluru sampai ke gereja paroki Maria Magdalena di mana paderi dilindungi,” tulis Uskup Agung Silvio Baez dalam Twitter.

“Semoga Daniel Ortega menghentik­an pembunuhan beramai-ramai ini! Rakyat Monimbo, saya merayu kepada anda, selamatkan diri anda!”

Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada Ortega untuk tidak meneruskan serangan ke atas Masaya. Ia menuntut dihentikan tindakan berdarah ke atas protes antikeraja­an yang sudah mengorbank­an kira-kira 280 orang sejak tiga bulan lalu.

“Kami dengan tegas menggesa Preside Ortega untuk tidak menyerang Masaya,” tweet Francisco Palmieri, timbalan penolong utama setiausaha negara AS bagi hal ehwal hemisfera Barat.

“Keganasan dan pertumpaha­n darah yang terus dihasut oleh kerajaan di #Nicaragua mesti ditamatkan dengan sege-ra. Dunia sedang melihat.”

“Mereka menembak rumah dengan cara yang tidak bertanggug­jawab. Mesejnya ialah sesiapa yang menonjolka­n kepala akan dibunuh: ia adalah mesej keganasan,” kata Alvaro Leiva, setiausaha Persatuan Hak Asasi Manusia Nicaragua (ANPDH).

Operasi itu menyusuli minggu yang ganas di Nicaragua di mana pelajar dan kumpulan pembangkan­g yang menuntut pengguling­an Ortega mengalami serangan beberapa kali di tengahteng­ah tindakan sivil yang berleluasa.

Sepuluh hari lalu, sekurangku­rangnya 14 orang maut – empat daripada mereka anggota polis atau unit separa tentera – selepas satu serbuan oleh tentera prokerajaa­n di dalam kawasan-kawasan Diriamba dan Jinotepe, berhampira­n Masaya.

Pada minggu lepas, lima orang – empat daripada mereka anggota polis – maut dalam pertelingk­ahan di antara penyokong pembangkan­g dengan polis yang disokong oleh pasukan separa tentera di bandar tenggara Morrito manakala satu lagi operasi oleh tentera yang setia kepada Ortega berakhir dengan sekurang-kurangnya 10 kematian - termasuk empat anggota polis – pada Ahad lepas di Masaya.

Pada Isnin lepas Setiausaha Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu Antonio Guterres menggesa agar keganasan ditamatkan dan dialog tertangguh disambung semula dengan pembangkan­g.

Di Brussels, Paul Oquist – menteri dasar kebangsaan Nicaragua dan salah seorang ahli kabinet yang paling rapat dengan Ortega – memberitah­u AFP dalam satu temu bual kelmarin bahawa satu usaha “rampasan kuasa” telah berjaya dipatahkan.

“Itu adalah berita yang sangat baik kerana dengan itu ia meninggalk­an ruang untuk dialog, kerana perancang kudetatida­kmahukandi­alog,” kata Oquist. — AFP

 ??  ?? ANGGOTA Pasukan Khas meronda jalan raya selepas pertempura­n dengan penunjuk perasaan anti-Ortega di kawasan kejiranan Monimbo di Masaya, Nicaragua kelmarin. — Gambar Reuters
ANGGOTA Pasukan Khas meronda jalan raya selepas pertempura­n dengan penunjuk perasaan anti-Ortega di kawasan kejiranan Monimbo di Masaya, Nicaragua kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia