Utusan Borneo (Sabah)

Bangunan sedang dibina roboh di India

Dua maut, ramai lagi dikhuatiri terperangk­ap, punca kejadian masih disiasat

-

NEW DELHI: Sekurangku­rangnya dua orang maut dan ramai lagi dikhuatiri terperangk­ap selepas sebuah bangunan yang sedang dibina roboh di atas sebuah kompleks perumahan di luar Delhi, kata pegawai semalam.

Pekerja kecemasan yang mencari mangsa di bawah timbunan logam dan konkrit pada malam kelmarin mengeluark­an dua mayat pada pagi semalam dari tapak berkenaan di Greater Noida, sebuah bandar satelit ke timur ibu negara India.

“Kita tidak ada bukti konkrit mengenai jumlah orang yang ada dalam bangunan pada waktu kejadian,” kata ketua pegawai bomba tempatan Arun Kumar Singh, yang memberi amaran bahawa bilangan kematian mungkin akan meningkat.

Laporan yang mendakwa keluarga hidup dalam komplekspe­rumahanter­sebut ketika keruntuhan berlaku pada petang kelmarin tidak disahkan, ujarnya.

Tiga orang, termasuk pemilik tanah, sudah ditahan oleh polis negeri berhubung keruntuhan bangunan itu.

“Kami sedang menyoal siasat mereka untuk menentukan jenis kerjasama yang mereka jalin dengan pembina. Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang bertanggun­gjawab,” kata Avnish Kumar, seorang pegawai polis Greater Noida, kepada AFP.

Sekurang-kurangnya 100 pekerja kecemasan menggunaka­n pemotong keluli dan jentera berat untuk mem-bersihkan tapak dan mencari mangsa semalam.

Bangunan enam tingkat itu roboh ke atas sebuah bangunan perumahan empat tingkat yang baharu dibina, pihak berkuasa mengesahka­n.

Beberapa bahagian di Greater Noida dikenali kerana pembinaan kompleks perumahan yang berleluasa dan tidak terkawal selain popular di kalangan keluarga kelas pertengaha­n selepas kos peru-mahan melambung tinggi di sekitar daerah ibu negara India.

Banyak projek hartanah sedemikian tidak mempedulik­an peraturan pembinaan kerajaan, dan pembina mengurangk­an kos dengan menggunaka­n bahan tidak bermutu untuk mengaut keuntungan, kata laporan.

Keruntuhan bangunan biasa berlaku di India, terutamany­a pada musim monsun dari hujung Jun ke September.

Sekurang-kurangnya 18 orang maut pada Mei lalu apabila sebuah jejambat roboh di utara India, dan menghempap kenderaan dan penumpang di bawah bertantan konkrit.

Pada tahun lepas sekurangku­rangnya 30 orang maut dan puluhan cedera selepas sebuah rumah berusia 100 tahun runtuh di barat Mumbai. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA Pasukan Respons Bencana Kebangsaan (NDRF) membawa keluar mayat mangsa dari runtuhan selepas sebuah bangunan yang sedang dibina roboh di atas sebuah kompleks perumahan di kampung Shah Beri di Greater Noida, di Uttar Pradesh semalam. — Gambar AFP
ANGGOTA Pasukan Respons Bencana Kebangsaan (NDRF) membawa keluar mayat mangsa dari runtuhan selepas sebuah bangunan yang sedang dibina roboh di atas sebuah kompleks perumahan di kampung Shah Beri di Greater Noida, di Uttar Pradesh semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia