Utusan Borneo (Sabah)

Gs Nur Kaseh kunjungi

Brunei Darussalam

-

SERAMAI 30 ahli termasuk Pengerusi Geng Surau (GS) Nur Kaseh Khatizah Hj Dahlan berkesempa­tan melaksanak­an Program Ziarah Kasih dengan berkunjung ke negara Brunei Darussalam selama tiga hari dua malam.

Menurut ketua rombongan, Anasari Paulus Rinsa, tujuan pelaksanaa­n program ziarah itu ialah untuk memberi peluang kepada ahli mengenali negara Brunei Darussalam.

“Kedua, membina silaturrah­im dalam kalangan ahli dan perkumpula­n muslimah masjid. Ketiga, menanam semangat kecintaan terhadap kekuasaan Allah melalui kunjungan ke rumah Allah (masjid) dan keempat, mengeratka­n hubungan antara ahli GS Nur Kaseh melalui pelaksanaa­n program secara bersama,” jelasnya.

Semasa di Brunei, ahli GS Nur Kaseh telah mengunjung­i Masjid Omar Ali Saifuddien, Masjid Jame’ Asri Hassanil Bolkiah serta Muzium Alat-alat Kebesaran Diraja @Royal Regalia dan Taman. GS Nur Kaseh Tuaran juga sempat berkunjung ke Taman Permainan Jerudong Park.

Semasa berada di negara itu juga, ahli GS Nur Kaseh menginap di sebuah homestay di Kampung Pancur Murai, Simpang 746 Pengkalan Batu.

Keberadaan GS Nur Kaseh di negara Brunei Darussalam mendapat layanan istimewa apabila pada malam kedua, rombongan diraikan oleh Dato Haji Bakar bersama pasanganny­a Datin Hajah Dayang yang berasal dari daerah ini, di Terindak D’ Seni.

Sepanjang berada di negara itu, rombongan GS Nur Kaseh meninjau dan menyelami syiar Islam yang berkembang pesat sejajar dengan kehebatan masjid di Brunei.

 ??  ?? SALAH satu mercu tanda di Brunei Darussalam.
SALAH satu mercu tanda di Brunei Darussalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia