Utusan Borneo (Sabah)

POD Penampang anjur 1PRAC dan 2PAC

-

KOTA KINABALU: Persatuan Olahraga Daerah Penampang (POD Penampang) akan menganjurk­an kejohanan Penampang Relay Athletics (1PRAC) buat julung kalinya di Kompleks Sukan Penampang pada 20 Ogos depan.

Presiden POD Penampang, Denver Thomblon berkata, kejohanan itu adalah salah satu dari dua acara yang sah akan dianjurkan persatuan itu tahun ini.

Satu lagi kejohanan adalah Kejohanan Olahraga Penampang Kedua 2018 (2PAC) yang dijadualka­n pada Disember.

Denver dalam kenyataan pada Rabu berkata, 1PRAC hanya melibatkan acara lari berganti-ganti dan penyertaan­nya terbuka kepada sekolah-sekolah serta kelab-kelab olahraga.

Edisi kedua Kejohanan Olahraga Penampang pula mempertand­ingkan kebanyakan acara padang dan balapan dan penyertaan­nya adalah terbuka termasuk kepada peserta luar negeri.

“Kami berharap kedua-dua kejohanan ini dimanfaatk­an terutamany­a oleh atlet negeri ini untuk mengetenga­hkan bakat mereka. Ini adalah sumbangan kecil kami untuk menyediaka­n ruang dan peluang kepada atlet mempunyai pertanding­an untuk disertai,” katanya.

Menurutnya, POD Penampang telah menganjurk­andenganja­yanya edisi pertama Kejohanan Olahraga Penampang pada 8-10 Disember 2016.

Kejohanan itu disertai hampir 600 atlet tempatan, Brunei dan Sarawak termasuk Flying Dayak Club yang diasaskan bekas Raja Pecut negara, Watson Nyambek.

Atlet kebangsaan Sabah seperti Eddie Edward Junior dan Fathin Faqihah turut mengambil bahagian.

Untuk keterangan lanjut dan urusan pendaftara­n penyertaan bagi kejohanan 1PRACdimin­tamenghubu­ngi Denver (0198807662) atau emel (podppg@yahoo. com).

-Oleh VITALIS G BINGKASAN

 ??  ?? JAWATANKUA­SA POD Penampang, (depan dari kiri) Karen Vernon (Setiausaha), Vyroni Masital (Naib Presiden 2), Denve Thomblon (Presiden), Wallace Thomblon (Naib Presiden 1), Heidi Herman (Bendahari). (Belakang dari kiri) Boniventur Panicker (AJK), Jelumie...
JAWATANKUA­SA POD Penampang, (depan dari kiri) Karen Vernon (Setiausaha), Vyroni Masital (Naib Presiden 2), Denve Thomblon (Presiden), Wallace Thomblon (Naib Presiden 1), Heidi Herman (Bendahari). (Belakang dari kiri) Boniventur Panicker (AJK), Jelumie...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia