Utusan Borneo (Sabah)

Sabah kukuhkan kedudukan

Hampir pasti ke suku akhir selepas benam Pulau Piang 3-1 Liga Piala Belia

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad bawah19tah­unmengukuh­kan kedudukan ke pusingan suku akhir selepas membenamka­n Pulau Pinang 3-1 dalam saingan Kumpulan A liga Piala Belia di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada Rabu.

Ia adalah kemenangan ketiga berturut-turut skuad bimbingan Mohd Aiyyman Shah Johny Abdullah itu dan mengukuhka­n kedudukan di tangga kedua dengan 28 mata untuk hampir pasti ke suku akhir yang diperuntuk­kan kepada empat pasukan teratas.

Tambahan satu mata dari baki tiga perlawanan mengesahka­n tempat Sabah tetapi jumlah kutipan matanya sekarang juga mungkin sudah memadai kerana ia hanya mampu disamai oleh PKNP FC dan Selangor walaupun pasukan ditangga kelima dan keenam itu mengutip mata maksima dari dua baki perlawanan mereka.

Pengurus baharu skuad muda Sabah itu, Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Garin berkata, ia

GARIN (kiri) dan anggota skuad bawah 19 tahun di dalam bas dalam perjalanan menghadapi Pulau Pinang pda saingan Kumpulan A liga Piala Belia kelmarin. Sabah menang perlawanan itu 3-1.

adalah kemenangan melegakan dan hasil kerja keras seluruh anggota pasukan.

“Bagaimanap­un pemain kita lambat panas pada perlawanan tadi sehingga gawang kita dibolosi untuk tuan rumah lebih awal berada 1-0 di hadapan.

“Selepas 15 atau 20 minit baharu pemain kita dapat rentak dan berjaya menjaringk­an gol penyamaan menerusi Mohd Hizaz Lokman pada minit ke-37 untuk kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama.

“Pada separuh masa kedua, kita menguasai perlawanan dan berjaya menambah dua gol daripada beberapa peluang yang dicipta. Syabas kepada semua anggota pasukan,” kata Garin ketika dihubungi selepas perlawanan.

Mohd Sharizan Saidin muncul wira menjaringk­an kedua-dua gol Sabah di separuh masa kedua itu pada minit ke-70 dan 81.

Sabah akan meneruskan cabaran menentang PKNS FC di Stadium Likas pada 22 Julai yang juga perlawanan terakhirny­a sebagai tuan rumah dalam saingan peringkat kumpulan.

Selepas itu Sabah akan menamatkan jadual kumpulan dengan dua perlawanan berturut-turutditem­patlawan iaitu menentang Terengganu FC IV (25 Julai) dan Kuala Lumpur (29 Julai).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia