Utusan Borneo (Sabah)

United tidak lakukan sebarang usaha bawa Ronaldo kembali ke Old Trafford

-

LONDON, England: Ibu Cristiano Ronaldo menyokong komen dari anak beliau berkaitan tawaran yang dibuat pada musim panas dengan kelab Manchester United tidak melakukan sebarang usaha untuk membawa pulang bekas bintang mereka itu ke Old Trafford.

Ronaldo melengkapk­an perpindaha­n bernilai 100 juta euro dari Real Madrid ke Juventus Isnin lepas setelah penyerang antarabang­sa Portugal itu menamatkan tempoh cemerlang sembilan tahun beliau di Real Madrid.

Apabila spekulasi berkaitan satu perpindaha­n pada musim panas mula muncul, ia dijangkaka­n di mana kelab besar seperti Paris Saint Germain (PSG) dan bekas kelabnya, Manchester United, akan mengetuai usaha cuba mendapatka­n beliau.

Ketika itu, ibu Ronaldo, Maria Dolores Aveiro mem- beritahu akhbar SFR Sport di mana beliau lebih suka melihat Ronaldo kembali ke England.

Beliau bagaimanap­un menerima hakikat di mana kepulangan penuh emosi ke England kelihatan tidak akan berlaku dengan pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali itu membuat keputusan terbaik yang ada apabila memilih untuk satu permulaan baharu di Itali.

“Ia sesuatu yang mustahil untuk kembali ke Manchester tetapi kami tetap

(tengah) tiba untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan di pusat perubatan Juventus di Stadium Allianz, Turin pada Isnin lepas.

menyokongn­ya,” kata Aveiro ketika memberitah­u wartawan selepas Ronaldo diperkenal­kan secara rasmi sebagai pemain Juventus di Turin awal minggu ini.

“Ia satu peringkat baharu dalam kehidupann­ya dan saya percaya beliau gembira, sama seperti keluarga beliau.”

Ronaldo menandatan­gani kontrak empat tahun bersama Juventus sehingga 2022.

Ia dijangka perpindaha­n besar terakhir beliau kerana akan mencecah usia 37 tahun pada akhir kontrak.

Beliau ada menyuaraka­n keinginan untuk terus bermain di usia 40an tetapi sama ada ia di peringkat tertinggi di Eropah atau tidak, akan dilihat nanti.

Buat masa ini, Ronaldo tidak sabar untuk memulakan karier baharu di Juventus, dengan kelab juara tujuh kali berturut-turut Serie A Itali itu adalah satu-satu kelab yang membuat tawaran kepada beliau pada musim panas ini.

Beliau berkata pada satu majlis pengenalan­nya di Turin: “Saya tidak sedih meninggalk­an Real Madrid, ini adalah sebuah kelab besar dan bukan tidak menghormat­i pemain di usia seperti saya yang akan kebiasaann­ya mahu ke Qatar atau China, jadi saya berasa amat berterima kasih di mana Juventus membenarka­n saya menyertai kelab yang besar ini.” — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? RONALDO
— Gambar Reuters RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia