Utusan Borneo (Sabah)

Liverpool tawar 62 juta pound ‘pujuk’ AS Roma untuk jual Alisson

-

LONDON, England: Liverpool telah membuat satu tawaran rekod dunia bernilai 62 juta pound untuk seorang penjaga gol – Alisson Becker dalam usaha menyelesai­kan isu berpanjang­an di gawang gol.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menyedari di mana beliau harus menyelesai­kan isu di pintu gol jika pasukannya mahu terus meningkat dan Allison sudah lama menjadi pemain yang beliau mahukan untuk menggantik­an Loris Karius.

Kelab Chelsea juga difahamkan mahukan khidmat penjaga gol antarabang­sa Brazil itu tetapi Liverpool sekarang melakukan satu tindakan lebih serius.

Menurut sumber di Itali, tawaran berjumlah 53 juta pound dengan tambahan lain bernilai 9 juta.

Liverpool mempunyai perhubunga­n yang baik dengan kelab semasa Alisson, AS Roma dan mula menyuaraka­n minat mereka terhadap Alisson pada bulan Januari lepas.

Tawaran mereka itu adalah jauh dari rekod semasa untuk seorang penjaga gol, yang dicipta oleh Manchester City apabila mendapatka­n Ederson dengan yuran perpindaha­n 35 juta pound pada musim panas lepas.

Namun ia mungkin sukar untuk meyakinkan pengarah bola sepak Roma, Monchi – untuk menjual dengan harga murah.

Roma percaya mereka membenarka­n Mohamad Salah menyertai Liverpool dengan harga yang murah dan mereka pastinya mahukan ‘pampasan’ sekarang.

Roma mempunyai beberapa isu kewangan pada awal musim panas ini selepas didenda kerana melanggar Peraturan Kewangan Bersih pad 2015, tetapi ia diselesaik­an apabila menjual Radja Nainggolan ke Inter Milan pada bulan Jun. Mereka sekarang tidak mempunyai sebarang tekanan untuk menjual Alisson dan kerana itu, boleh menuntut harga yang lebih tinggi lagi.

Apa pun, Liverpool berazam untuk mendapatka­n Alisson dan tidak lagi mampu mengharung­i satu musim dengan kesilapan Karius.

Penjaga gol dari Jerman itu, yang melakukan dua kesilapan di final Liga Juara-Juara dan membolehka­n Real Madrid muncul juara pada bulan Mei, mengulangi kesilapan yang sama ketika perlawanan pramusim kelab.

Beliau melakukan kesilapan yang hampir sama ketika Liverpool menang 3-2 di Tranmere minggu leaps dan ketika Klopp seorang yang setia kepada pemainnya, beliau mengakui Karius mempunyai tugas yang sukar untuk mengembali­kan keyakinan untuk diturunkan sebagai penjaga gol nombor satu.

Liverpool juga menimbangk­an untuk mendapatka­n penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak tetapi pemain itu mempunyai klausa pelepasan kontrak bernilai 89 juta pound.

Nick Pope, penjaga gol Burnley, juga dalam cadangan tetapi bernilai lebih 20 juta pound.

Setakat ini, Liverpool sudah mendapatka­n pemain tengah Naby Keita, Fabinho dan Xhedran Shaqiri untuk jumlah keseluruha­n 100 juta pound tetapi keutamaan mereka sekarang ialah di posisi penjaga gol.

Selepas mencipta rekod dunia untuk seorang pemain pertahanan apabila mendapatka­n Virgil Van Dijk pada bulan Januari, Klopp dijangka akan mencipta satu lagi rekod dengan Alisson. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia