Utusan Borneo (Sabah)

SKA senarai 19 karatekas

Timba pengalaman di Kejohanan Karate Terbuka Thailand 2018

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Persatuan Karate Sabah (SKA) menyenarai­kan 19 karatekas ke Kejohanan Karate Terbuka Thailand 2018 pada 20-22 Julai.

Setiausaha Agung SKA, JulianChin­berkata,karatekas itu terdiri daripada 10 lelaki dan sembilan wanita.

“Penyertaan ini lebih kepada untuk memberi pendedahan pertanding­an bertaraf tinggi kepada karatekas kita.

“Kejohanan ini disertai ramai karatekas kebangsaan dan antarabang­sa terutama yang sedang buat persiapan menghadapi Sukan Asia di Jakarta bulan depan,” kata Julian yang juga bersama pasukan ke Thailand sebagai ketua delegasi dan pengurus pasukan.

Cabaran pada kejohanan itu juga dikuatkan dengan tawaran hadiah wang tunai USD500 untuk pingat emas, perak USD300 dan gangsa USD200.

“Ia cabaran besar buat karatekas kita...bukan mudah tetapi kita sasar satu pingat emas.

“Apapun, yang penting karatekas kita dapat pendedahan yang diperlukan dan pada masa yang sama memberi pelajaran dan idea kepada jurulatih kita memperbaik­i program latihan bagi memperting­katkan prestasi karatekas kita,” kata Julian sambil berterima kasih kepada Kementeria­n Belia Dan Sukan Sabah (KBSS) dan Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) kerana menyokong penyertaan mereka ke kejohanan itu.

Turut bersama pasukan adalah empat jurulatih iaitu Audrey Japyus, Farlin Veroney Frederick, Mustafa Elsayed Mohammad Elsnbawy dan Grace Tiwon.

Karatekas lelaki terdiri daripada lapan senior, seorang junior dan seorang bawah 12 tahun.

Karatekas senior terdiri daripada Cleverence Carlos yang akan mengambil bahagian dalam acara kata individu dan berpasukan, Elreno Zeru (kata individu/ berpasukan), Stanley Dulian ( kumite -55kg/berpasukan), Mcroyce Donovan Dagul (kumite -67kg/berpasukan), Ar Nickazmie Ahmad (kumite -75kg/berpasukan), Arthuric Gedion Jiwin (kumite -84kg/berpasukan), Kellyment Kahan (kumite +84kg/berpasukan) dan Al Nasrin Faizal (kumite -60kg/ berpasukan).

Karatekas junior adalah Jasvin Jase yang akan bertanding dalam acara kata individu junior dan berpasukan senior manakala karateakas bawah 12 tahun adalah Muhammad Irfan Shah Mohd Fadli Shah yang akan bertanding dalam acara karta individu.

Karatekas wanita pula terdiri daripada enam senior, seorang kadet, seorang junior dan seorang bawah 12 tahun.

Karatekas senior terdiri daripada Vellcaroll­yne Agustine (kata invidu/ berpasukan), Alexandra Jacklya Dakius (kata individu/berpasukan), Celine Grace Aloysius Embon (kumite +68kg/ berpasukan), Cairola Cheverry Wong Yee Ying (kumite -50kg/ berpasukan), Maychelle Roger Mool (kumite -61kg/ berpasukan) dan Pressy Misty Philip (kumite -68kg/ berpasukan).

Karatekas kadet adalah Lovelly Anne Roberth (kata individu/kumite -47kg), karatekas junior adalah Esther Bell Siaw Tze Ling (kata individu/berpasukan senior) manakala karatekas bawah 12 tahun adalah Bibi Aisyah (kata individu).

Pasukan dijadualka­n berangkat ke Thailand hari ini.

 ??  ?? SKUAD karate SKA yang bertanding di Terbuka Thailand.
SKUAD karate SKA yang bertanding di Terbuka Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia