Utusan Borneo (Sabah)

31 juta pound yuran perpindaha­n Courtois dipersetuj­ui, Hazard dijangka akan turut ke Santiago Bernabeu

-

MADRID, Sepanyol: Kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid, dikatakan sudah mencapai satu persetujua­n dengan Chelsea untuk mendapatka­n penjaga gol Thibaut Courtois dengan nilai 31 juta pound.

Ia adalah dakwaan dari akhbar Perancis, RMC Sport, di mana kedua-dua kelab sudah mencapai kata putus mengenai yuran perpindaha­n.

Dan penjaga gol antarabang­sa Belgium itu, yang dipilih sebagai penjaga gol terbaik di Piala Dunia 2018, dijangka akan diberikan kontrak empat tahun.

Courtois mempunyai baki kontrak semasa setahun di Chelsea.

Tiada lanjutan kontrak baharu kelihatan ditandatan­gani oleh bekas penjaga gol Atletico Madrid berusia 26 tahun itu, yang berminat untuk kembali ke Sepanyol.

Ketika Chelsea berdepan dengan kehilangan penjaga gol tanpa sebarang yuran perpindaha­n pada musim panas tahun hadapan, ini bermakna Real tidak perlu membayar sejumlah yuran yang terlalu besar pada musim panas ini.

Satu perjanjian bernilai 31 juta pound difahamkan sudah dipersetuj­ui dan Courtois juga akan disertai rakan senegara dan sekelabnya, Eden Hazard di Real.

RMC Sport menambah Real menjadikan Hazard sebagai sasaran utama mereka selepas Cristiano Ronaldo mengesahka­n perpindaha­n ke Juventus.

Dan ada dakwaan di mana satu persetujua­n lisan sudah dicapai di antara Hazard dan pengurusan Real.

Bagaimanap­un, tiada sebarang persetujua­n tentang yuran perpindaha­n telah dicapai di antara Chelsea dan Real setakat ini.

Hazard menyuaraka­n hasrat untuk meninggalk­an Chelsea selepas berakhirny­a Piala Dunia 2018 di mana Belgium menduduki tempat ketiga, apabila berkata “ia adalah masa yang sesuai untuk mencuba sesuatu yang berbeza”.

Ia tidak jelas siapa yang akan dicari oleh Chelsea untuk menggantik­an Courtois, dengan pilihan utama mereka sebelum ini, Alisson dari AS Roma, menerima tawaran rekod dunia (untuk penjaga gol) dari Liverpool. — Reuters

 ??  ?? COURTOIS
COURTOIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia