Utusan Borneo (Sabah)

Dua murid SK Lotong wakili Sabah

- Oleh SALMAN ABADI

KUDAT: Dua murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lotong dipilih mewakili pasukan bola jaring bawah 12 tahun (B12) Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) ke Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsun­g pada 7 hingga 10 Ogos depan di Terengganu.

Guru Besar SK Lotong, Jeli Asangin berkata dua murid SK Lotong yang terpilih mewakili MSS Sabah ke MSSM tahun ini ialah Vernavieah Jebrol dan Fynnella Vyllery Rickmon yang dibimbing jurulatih berpengala­man yang juga guru SK Lotong, Sijah Ajis.

Katanya, kedua-dua murid Tahun 6 itu terpilih mewakili pasukan Sabah selepas mewakili pasukan daerah Kudat (Utara) pada Kejohanan Bola Jaring MSS Sabah 2018 yang berlangsun­g di Dewan Masyarakat Tambunan pada 4 hingga 6 Julai lepas.

Turut terpilih mewakili MSS Sabah ialah tiga murid SK Laksian Pulau Banggi dan masing-masing seorang dari SK Karakit Banggi dan SK Samparita, Kota Marudu.

Menurutnya, Kelab Bola Jaring SK Lotong yang ditubuhkan di bawah Unit Kokurikulu­m sekolah ternyata membuahkan hasil dan menyerlahk­an ‘kemenjadia­n murid’ dalam bidang sukan, khasnya bola jaring.

Jeli berkata, SK Lotong juga berjaya melahirkan pemain yang beraksi dan mencipta pencapaian di peringkat kebangsaan pada tahun 2016, 2017 dan 2018.

“Sukan bola jaring merupakan kebitaraan sekolah ini dan telah meraih banyak pencapaian dan kejayaan cemerlang di bawah bimbingan cikgu Sijah Ajis selaku ketua jurulatih,” katanya sambil melahirkan rasa syukur dan berbangga dengan pencapaian tersebut.

Beliau menjelaska­n, kesemua pencapaian tersebut amat berkait rapat dengan komitmen, kerjasama dan permuafaka­tan pihak dan para ibu bapa yang sangat baik dan akrab di sekolah berkenaan.

Namun, di sebalik kejayaan itu, muridmurid dan pihak sekolah (SK Lotong) yang terletak di pedalaman dalam kawasan Matunggong sebenarnya sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kesukaran khasnya dari aspek perhubunga­n dan pengangkut­an ke sekolah.

“Ada murid SK Lootng yang menaiki bot hampir satu jam setiap hari untuk datang ke sekolah dan ada juga yang terpaksa hampir berjalan kaki hampir dua jam jika musim hujan atau jalan rosak berlumpur,” katanya sambil menjelaska­n keadaan itu menyebabka­n kenderaan seperti motosikal dan kereta pun sukar melepasiny­a.

Justeru, beliau berharap pembinaan bangunan Asrama Desa SK Lotong sumbangan Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) di sekolah itu dapat disegeraka­n pembinaann­ya bagi membolehka­n murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah untuk tinggal di asrama tersebut.

Katanya, ia sekali gus membantu meringanka­n bebanan ibu bapa untuk menghantar dan mengambil anak mereka dari sekolah pada setiap hari, di samping membolehka­n anak-anak menikmati kemudahan dan suasana pembelajar­an yang lebih kondusif termasukla­h aktiviti kokurikulu­m yang terancang dan lebih berkesan dengan adanya bangunan asrama di sekolah itu.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA pemain MSS Sabah B12 dari SK Lotong (GS dan WA) bersama pemain dari SK Laksian, SK Karakit (Banggi) dan SK Samparita, Kota Marudu (WD).
ANTARA pemain MSS Sabah B12 dari SK Lotong (GS dan WA) bersama pemain dari SK Laksian, SK Karakit (Banggi) dan SK Samparita, Kota Marudu (WD).
 ??  ?? VERNAVIEAH Jebrol dan Fynnella Vyllery Rickman bersama jurulatih (guru) SK Lotong Kudat, Sijah Ajis (tengah).
VERNAVIEAH Jebrol dan Fynnella Vyllery Rickman bersama jurulatih (guru) SK Lotong Kudat, Sijah Ajis (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia