Utusan Borneo (Sabah)

Polis terus usaha kesan Musa

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KUDAT: Polis masih meneruskan usaha untuk mengesan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, berkenaan kes ugutan jenayah yang dilaporkan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin yang membuat laporan pada 14 Mei lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu kini dipercayai berada di London.

Beliau bagaimanap­un enggan memberikan komen lanjut berkenaan perkara itu.

“Kita melakukan pelbagai usaha kini dan tidak perlu untuk saya memberi komen lebih lanjut berikutan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sudah mengeluark­an kenyataan sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ramli juga tidak menolak kemungkina­n Ahli Parlimen Sipitang yang juga Ketua Pemuda Umno Sabah Yamani Hafez Musa yang gagal menghadirk­an diri dalam upacara angkat sumpah Ahli Parlimen Dewan Rakyat Isnin lalu turut berada di London.

Sementara itu, Ramli berkata kadar jenayah indeks Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah sejak Januari sehingga Jun tahun ini sebanyak 2,751 kes.

Ia menunjukka­n penurunan sebanyak 186 kes bersamaan 6.3 peratus bagi tempoh sama tahun lalu.

“Sabah juga menduduki tempat keempat dalam penyelesai­an kes di Malaysia dengan merekodkan sebanyak 1,751 kes bersamaan 63.6 peratus kes yang berjaya diselesaik­an sepanjang tempoh yang dinyatakan,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia