Utusan Borneo (Sabah)

Siling pejabat PTPTN runtuh

Tiada kemalangan dilaporkan

- Oleh NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Siling Pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilaporkan runtuh di aras sembilan, bangunan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Sabah, di sini pada Selasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n Kementeria­n Kewangan Malaysia, kejadian berlaku pada jam 7.40 petang. Bagaimanap­un, tiada sebarang kemalangan dilaporkan.

Kerja penilaian awal kejadian sedang dijalankan pihak perunding dan dipantau oleh pihak Lembaga Industri Pembinaan (CIDB) dan Pengurusan UTC Sabah.

“Keseluruha­n aras sembilan ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja penilaian. Perkhidmat­an Jabatan PTPTN dan semua Jabatan Kementeria­n Sumber Manusia iaitu Jobs Malaysia, Jabatan Tenaga Manusia dan Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran ” akan dipindahka­n buat sementara waktu. Kenyataan Kementeria­n Kewangan Malaysia

Sehubungan itu, keseluruha­n aras sembilan ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja penilaian.

Perkhidmat­an Jabatan PTPTN dan semua Jabatan Kementeria­n Sumber Manusia iaitu Jobs Malaysia, Jabatan Tenaga Manusia dan Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran akan dipindahka­n buat sementara waktu.

Pelanggan boleh mendapatka­n perkhidmat­an PTPTN di pejabat PTPTN Negeri Sabah, Tingkat 1 dan 2 Warisan Square, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu.

Sementara bagi perkhidmat­an berkaitan sumber manusia, bolehlah berurusan di Bilik Mesyuarat Aras 10, UTC Sabah.

 ??  ?? KESAN runtuhan di pejabat PTPTN.
KESAN runtuhan di pejabat PTPTN.
 ??  ?? KEADAAN siling yang runtuh di Pejabat PTPTN, UTC Sabah.
KEADAAN siling yang runtuh di Pejabat PTPTN, UTC Sabah.
 ??  ?? KEROSAKAN pada siling dan lampu selepas runtuhan.
KEROSAKAN pada siling dan lampu selepas runtuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia