Utusan Borneo (Sabah)

Pakar bedah selebriti lari selepas pesakit mati ditangkap

-

RIO DE JANEIRO: Seorang pakar bedah pencantik punggung selebriti di Brazil yang dikenali sebagai Dr Bumbum ditangkap kelmarin berhubung kematian seorang pesakit dalam satu pembedahan yang salah selepas dia melarikan diri selama empat hari.

Polis berkata dalam Twitter bahawa doktor itu, yang menjalanka­n pembedahan itu di pangsapuri­nya sendiri, ditangkap di Rio.

Denis Furtado, yang memanggil diri Dr Bumbum dalam media sosial, ditangkap dalam sebuah bangunan pejabat selepas menerima maklumat dari seorang pemanggil telefon yang tidak dikenali, kata polis.

Ibunya, yang dituduh menjadi rakan subahat, turut ditangkap.

Furtado dianggap berupaya untuk melakukan keajaiban ke atas badan wanita, khususnya punggung mereka, dan menjadi terkenal di seluruh negara kerana kepakarann­ya.

Akaun Instagram suspek berusia 45 tahun itu mencermink­an populariti­nya dengan 650,000 pengikut.

Namun dia melarikan diri sejak Ahad lepas ekoran kematian seorang pekerja bank bernama Lilian Quezia Calixto, beberapa jam selepas satu prosedur pembesaran punggung di rumah Furtado dalam kawasan kejiranan mewah Barra de Tijuca di Rio.

Calixto telah melakukan perjalanan sejauh 2,000 kilometer dari rumahnya untuk berjumpa dengan pakar bedah itu.

Dia menjalani pembedahan Sabtu lalu dan mula rasa sakit tidak lama kemudian.

Selepas dia tiba di hospital pada Ahad lepas, dia mengalami degupan jantung yang cepat dan hipertensi, dan selepas empat serangan jantung, dia meninggal dunia.

Tidak lama kemudian, Furtado menghilang­kan diri. Dia kini berdepan dengan tuduhan melakukan pembunuhan dan jenayah.

Furtado menggunaka­n satu teknik yang kontrovers­i dalam pembedahan kecantikan punggungny­a, dengan menyuntik sejenis bahan dipanggil kaca akrilik.

Berita itu telah menggegark­an industri berkenaan – Brazil berada di tempat kedua hanya di belakang Amerika Syarikat bagi jumlah pembedahan plastik yang dijalankan.

Persatuan Pembedahan Plastik Brazil (SBPC) bingkas mengecam Furtado, dan berkata “penceroboh­an orang bukan pakar yang semakin meningkat dalam kepakaran itu telah mencetuska­n semakin banyak kematian seperti ini”.

“Anda tidak boleh menjalanka­n pembedahan plastik di dalam sebuah pangsapuri. Ramai orang menjual impian, fantasi kepada pesakit dengan cara yang tidak beretika dan orang, yang lemah, selalunya tertarik dengan harga rendah, tanpa menimbang sama ada keadaan memadai ataupun tidak,” kata presiden SBPC Niveo Steffen kepada AFP.

Steffen berkata suntikan polimer atau biopolimer sintetik, seperti kaca akrilik, sangat berbahaya dan sudah menyebabka­n puluhan kematian di kalangan wanita di Amerika Latin, terutamany­a di Venezuela. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia