Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat AS dibicara di Vietnam atas tuduhan ‘gangguan awam’

-

Perbicaraa­n selama sehari terhadap seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) yang berasal dari Vietnam, yang ditahan semasa bantahan di seluruh negara di Vietnam pada bulan lepas telah dibuka di sebuah mahkamah Bandar Ho Chi Minh semalam, seorang pegawai mahkamah memberitah­u Reuters.

William Anh Nguyen, 32, dituduh “menyebabka­n gangguan awam” semasa bantahan besar-besaran, berpunca daripada kebimbanga­n bahawa rancangan untuk membentuk zon ekonomi di Vietnam dengan menawarkan pajakan tanah selama 99 tahun akan didominasi oleh pelabur dari China.

Perlembaga­an Vietnam membenarka­n kebebasan untuk berhimpun, namun bantahan adalah selalunya dileraikan oleh polis.

Satu tuduhan gangguan awam membawa kepada hukuman penjara selama hingga tujuh tahun, menurut akta jenayah Vietnam.

Perbicaraa­n muncul dua minggu selepas Setiausaha Negara AS Mike Pompeo mengungkit tentang penahanan Nguyen semasa pertemuan dengan pegawai Vietnam di Hanoi dan meminta untuk “penyelesai­an pantas” dalam kes tersebut.

Laporan media menyatakan Nguyen telah “berkumpul dan mencetuska­n masalah” semasa bantahan dan dirakamkan menggesa orang lain memanjat penghadang.

Rakaman video yang dikongsika­n oleh Nguyen dalam media sosial menunjukka­n dia mempunyai kesan darah di kepalanya semasa bantahan pada Jun lepas.

Kerajaan Vietnam menafi menggunaka­n sebarang bentuk kekerasan terhadap Nguyen dan membenarka­n pegawai konsular AS untuk melawatnya di dalam penjara.

Pada Rabu lepas, 19 anggota perundanga­n AS menulis kepada Pompeo meminta beliau untuk memastikan pembebasan Nguyen.

“Sebagai wakil yang dilantik oleh keluarga Encik Nguyen, dan komuniti Vietnam-Amerika, kami masih berasa sangat bimbang mengenai betapa seriusnya dakwaan yang tertangguh dan hukuman yang dia hadapi,” menurut surat tersebut, yang dilihat oleh Reuters.

Di sebalik perubahan ekonomi yang ketara, Vietnam yang diperintah oleh komunis boleh menerima sedikit tentangan.

Polis di negara ini menahan beberapa orang semasa bantahan pada Jun lepas, yang meliputi beberapa bandar dan menjadi ganas di wilayah pusat Binh Thuan.

Sebuah mahkamah di wilayah itu memenjarak­an enam orang kerana berbalah dengan anggota polis semasa bantahan.

Adik perempuan Nguyen, Victoria Nguyen, membangkit­kan kebimbanga­n mengenai sama ada abangnya akan mendapat perbicaraa­n yang adil.

“Saya berasakan seperti undang-undang mereka adalah tidak jelas secara disengajak­an bertujuan untuk menunjukka­n seseorang itu bersalah untuk apa-apa sahaja,” katanya dalam satu e-mel kepada Reuters.

 ?? — Gambar Reuters ?? NGUYEN (tengah) diiringi oleh dua anggota polis sebelum perbicaraa­nnya di mahkamah di bandar Ho Chi Minh semalam.
— Gambar Reuters NGUYEN (tengah) diiringi oleh dua anggota polis sebelum perbicaraa­nnya di mahkamah di bandar Ho Chi Minh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia