Utusan Borneo (Sabah)

Sedia perkhidmat­an sokongan untuk golongan wanita

Sektor awam, swasta digesa sedia pusat jagaan, asuhan di tempat kerja agar para ibu fokus kepada kerjaya

-

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah menggesa lebih banyak sektor awam dan swasta menyediaka­n perkhidmat­an sokongan untuk golongan wanita di negeri ini.

Perkhidmat­an sokongan ini seperti pusat jagaan dan asuhan kanak-kanak di tempat kerja adalah penting untuk membolehka­n golongan wanita, khasnya para ibu fokus kepada kerjaya tanpa mengabaika­n anak masingmasi­ng.

“Usaha Sarawak Energy Berhad (SEB) mewujudkan Majlis Sarawak E n e r g y L e ading Women Network (SELWN) merupakan contoh baik oleh badan korporat ini dalam membantu memperkasa­kan lagi golongan wanita dan institusi kekeluarga­an.

“Melalui Majlis SELWN ini, SEB melaksanak­an pelbagai program seperti penyertaan 30 peratus wanita dalam jawatan penting, pengambila­n 50 peratus pekerja wanita serta penubuhan taska yang boleh dijadikan contoh kepada semua agensi lain.

“Kita berharap lebih banyak sektor awam dan sektor swasta akan mengambil insiatif yang sama dengan menyediaka­n perkhidmat­an sokongan yang dapat memperkasa­kan lagi wanita kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarka­n program perbincang­an meja bulat wanita Transforma­si Nasional 2050 (TN50) anjuran Persatuan Suara Keamanan, Hati Nurani dan Kebolehan Menaakul (PCORE) di Pustaka Negeri Sarawak di sini pada Khamis.

Tambah Fatimah, di Sarawak hanya terdapat beberapa pusat jagaan dan asuhan kanakkanak atau TASKA di tempat kerja dengan kebanyakan­nya disediakan agensi dan jabatan kerajaan.

Antara taska yang akan diwujudkan di tempat kerja ialah masing-masing satu di Wisma Wanita dan Simpang Tiga untuk kakitangan agensi dan jabatan persekutua­n.

Mengenai perbincang­an meja bulat tersebut, Fatimah berkata ia merupakan inisiatif yang baik oleh PCORE untuk mendapatka­n input-input dalam pelbagai isu yang perlu diberikan perhatian.

Antara topik yang dibincangk­an dalam perbincang­an tersebut ialah kepimpinan dan integriti, pemerkasaa­n, pembanguna­n sosiobuday­a, pendidikan dan pembanguna­n perundanga­n.

Program perbincang­an meja bulat tersebut disertai oleh 50 peserta terdiri daripada wanita-wanita mewakili pelbagai bidang di negeri ini.

Turut hadir, Presiden PCORE Datuk Halimah Mohd Said dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dr Saadiah Abdul Samat.

Usaha Sarawak Energy Berhad (SEB) mewujudkan Majlis Sarawak Energy Leading Women Network (SELWN) merupakan contoh baik oleh badan korporat ini dalam membantu memperkasa­kan lagi golongan wanita dan institusi kekeluarga­an

DATO SRI FATIMAH ABDULLAH Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? FATIMAH (tengah) menyertai perbincang­an meja bulat Wanita TN50 di Pustaka Negeri di Kuching pada Khamis.
FATIMAH (tengah) menyertai perbincang­an meja bulat Wanita TN50 di Pustaka Negeri di Kuching pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia