Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan pemberian 20 peratus royalti minyak akan diperhalus­i

- Oleh YAP SIONG HAN

TUARAN: Kerajaan Pusat akan memperhalu­si lagi cadangan pemberian 20 peratus royalti minyak petroleum kepada Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan tetap komited dalam merealisas­ikan manifesto Pakatan Harapan (PH) terutamany­a isu pemberian royalti petroleum kepada negerinege­ri pengeluar minyak itu dalam negara ini.

“Saya akan berjumpa dan rujuk kembali kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan isu pemberian royalti minyak 20 peratus kepada negeri pengeluar melalui keuntungan kerana ianya terkandung dalam manifesto PH,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Sekeluarga Tolak Pornografi (SToP), di sini pada Ahad.

Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, selain memperhalu­si isu mekanisme pembayaran royalti berkenaan, kerajaan pusat juga melihat kepada keadaan negara pada masa kini selepas peralihan kerajaan terdahulu.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n pemberian royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar petroleum sebanyak 20 peratus melalui keuntungan yang diperoleh daripada negeri berkenaan.

Menurutnya, kerajaan PH komited merealisas­ikan janjinya yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) termasuk janji pemberian royalti minyak berkenaan.

Namun, royalti berkenaan disalurkan berdasarka­n keuntungan yang diperoleh dan bukannya pendapatan keseluruha­n seperti yang terkandung dalam manifesto PH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia