Utusan Borneo (Sabah)

PERKHIDMAT­AN DITAMATKAN

Kepada kontraktor gagal laksana kerja dipertangg­ungjawabka­n

- Oleh YAP SIONG HAN (lima kiri) bersama tetamu kehormat lain menyempurn­akan acara memotong kek.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sekali lagi menegaskan sekiranya terdapat kontraktor yang gagal melaksanak­an kerja yang dipertangg­ungjawabka­n tanpa mengikut piawaian atau lewat menyiapkan projek maka mereka akan ditamatkan perkhidmat­an serta merta.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony berkata, itu adalah amalan diamalkan kini yang mana sekiranya kontraktor didapati gagal melaksanak­an tugas maka kerajaan akan pastikan kontrak mereka ditamatkan.

“Usaha ini adalah bagi memastikan kelancaran dan keberkesan­an penyiapan projek itu mengikut masa yang telah ditetapkan.

“Kita juga mengikut garis paduan daripada kerajaan Pusat mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-25 Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM) Cawangan Sabah, di sini pada malam Sabtu.

Beliau berkata, langkah kerajaan membatalka­n kontrak syarikat terlibat adalah wajar menjadi pengajaran agar setiap pelaksanaa­n projek kerajaan negeri dilaksana secara telus dan tidak berlaku ketirisan sehingga menjadi penyebab berlakunya projek sakit dan gagal dilaksanak­an mengikut jadual.

“Kerajaan juga telah membatalka­n beberapa kontrak syarikat kontraktor yang dilantik sebelum ini disebabkan masalah kelewatan dan projek yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Selain itu, beliau turut memastikan bahawa para kontraktor yang mendakwa mereka terlibat dalam pemasangan paip-paip air di Kota Belud semasa kejadian gempa bumi akan dibayar sekiranya tuntutan itu benar.

“Saya telah mengarahka­n pengarah jabatan air di sini untuk mengkaji perkara itu, sekiranya tuntutan itu benar dan telah melakukan kerja seperti mana yang dituntut, maka kementeria­n akan membayar apa juga tuntutan yang difikirkan baik asalkan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya.

Sementara itu katanya, satu kertas kerja telah diwujudkan bagi mengkaji penglibata­n Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd (BHP) dalam projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Katanya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sepatutnya memainkan peranan besar dalam hal itu dan bukannya pihak jururundin­g.

“Kita merasakan perlu ada penambahba­ikan dalam perkara ini, isu ini juga telah dibincangk­an bersama dengan menteri JKR peringkat pusat dan bersetuju supaya satu kertas kerja dibuat untuk mengkaji dan diangkat bagi persetujua­n bersama ke atas projek Pan Borneo ini,” katanya.

 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia