Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto PH tetap dilaksanak­an, bukan ‘flip-flop’: Saifuddin

-

JAKARTA: Kerajaan Pakatan Harapan bukanlah “flip-flop” (cepat mengubah keputusan) tetapi terpaksa menghadapi pelbagai kekangan dalam melaksanak­an manifeston­ya dalam Pilihan Raya Umum lepas.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata manifesto yang disediakan Pakatan Harapan sebelum ini itu juga sebenarnya telah menghadapi kekangan tertentu berikutan tidak mempunyai maklumat lengkap disebabkan halangan daripada kerajaan sebelum ini.

“Kami bukan flipflop, (selepas mengambi alih kerajaan) kami juga terpaksa menghadapi kekangan (peninggala­n bebanan oleh kerajaan sebelum ini).

(Namun) Ada manifesto yang sudah kami dapat laksanakan, dalam tempoh 70 hari, daripada 10 janji dalam 100 hari itu dua janji kami sudah tunaikan, enam dalam proses pelaksanaa­n dan dua lagi belum dilaksanak­an,” katanya yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan.

Saifuddin berkata kerajaan Pakatan Harapan bertekad menunaikan semua janji-janjinya itu dan berkemungk­inan mengambil tempoh satu penggal pemerintah­an dengan terpaksa membuat beberapa perubahan berikutan kekangan dan keadaan tertentu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata kerajaan memerlukan masa lebih daripada 100 hari untuk menunaikan janji-janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan.

Antara janji-janji Pakatan Harapan ialah menangguhk­an pembayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), meningkatk­an tahap gaji minimum dan menubuhkan jawatankua­sa bagi membincang­kan Perjanjian Malaysia 1963.

Turut dijanjikan, penubuhan suruhanjay­a siasatan diraja mengenai skandal melibatkan 1MDB, Felda, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Tabung Haji.

Beberapa janji Pakatan Harapan sudah dilaksanak­an seperti mengeluark­an nama peminjam PTPTN daripada senarai hitam dan memansuhka­n cukai barangan dan dan perkhidmat­an (GST).

Saifuddin yang dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Indonesia bermula Sabtu lepas, mengadakan pertemuan bersama pelajar Malaysia di Jakarta pada Ahad.

Beliau turut memberikan penjelasan berkenaan kejayaan Pakatan Harapan yang mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum lepas.

“Rakyat mahukan perubahan, istilah Malaysia Baru adalah istilah yang diungkapka­n rakyat dan kerajaan Pakatan Harapan akan melakukan yang terbaik dalam memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia