Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki warganegar­a Nepal ditemukan mati gantung diri di kilang

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Seorang lelaki warganegar­a Nepal ditemukan mati dipercayai menggantun­g diri di tangki minyak sebuah kilang di Jalan Tengah Nipah, dekat sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata, polis dimaklumka­n tentang kejadian itu jam 7.45 pagi.

“Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Lal Bahadur Bhandari, 25, yang bekerja di situ sebagai operator kilang, lebih kurang tiga tahun.

“Mangsa mempunyai isteri dan dua orang anak lelaki di Nepal dan pernah balik ke sana pada Januari lalu,” katanya.

Menurut Hamzah, siasatan awal mendapati tidak ada unsur jenayah atau khianat dan pemeriksaa­n di badan mangsa tidak terdapat kecederaan.

Katanya, di bahagian leher mangsa pula kelihatan kesan jerutan tali yang digunakan untuk mengantung diri.

“Siasatan juga mendapati mangsa telah mengunakan tali jenis nylon warna putih diikat ke paip minyak dan mengikat leher sendiri serta berdiri di atas Valve sebelum mengantung diri.

“Ketinggian mangsa lebih kurang 5 kaki 7 inchi dan panjang tali lebih kurang 7 kaki 3 inchi,” katanya.

Setelah masuk kerja jam 3 petang pada Jumaat dan berakhir jam 11 malam, mangsa memberitah­u rakannya tidak balik ke kuaters pekerja di Taman Warisan Empat kerana mahu menyiapkan kerjanya.

Namun pada jam 6.55 pagi Sabtu salah seorang pekerja telah melihat mangsa tergantung di tangki minyak sawit.

Polis masih membuat siasatan lanjut.

 ??  ?? MANGSA ditemui mati tergantung.
MANGSA ditemui mati tergantung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia