Utusan Borneo (Sabah)

Tidak serius berkhidmat, Yusof gesa Hafez letak jawatan

-

SIPITANG: Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob menggesa Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat memandangk­an beliau tidak serius untuk berkhidmat kepada rakyat.

Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin berkata, lebih baik anak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (Hafez) itu mengundur diri bagi memberi ruang kepada orang lain yang benarbenar ingin membantu dan mendamping­i rakyat.

“Jika beliau (Hafez) tidak berminat untuk berkhidmat, lebih baik undur diri awalawal. Beri peluang kepada orang lain yang mahu berkhidmat kepada rakyat jelata.

“Sia-sia sahaja sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas yang memilih wakil rakyat mereka. Sepatutnya sebagai wakil rakyat yang telah dipilih tidak boleh menghilang­kan diri dan meninggalk­an rakyat di kawasannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persatuan Kadayan Sabah Zon Usuk di Kampung Lubuk Darat Sipitang, pada malam Sabtu.

Yusof diminta mengulas berhubung isu ketidakhad­iran Hafez sewaktu upacara mengangkat sumpah di Dewan Rakyat baru-baru ini yang dipercayai berada di luar negara.

Selain Hafez, Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak hadir pada upacara mengangkat sumpah kerana masih bercuti setelah menjalani pembedahan bagi

DATUK DR YUSOF YACOB

membuang ketumbuhan pada pankreas.

Seramai 220 daripada 222 Ahli Parlimen mengangkat sumpah jawatan mereka di Dewan Rakyat pada hari pertama Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14.

Dalam perkembang­an berkaitan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, Ahli Parlimen yang tidak menghadiri majlis angkat sumpah baru-baru ini berdepan dengan kemungkina­n hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Menteri Pelajaran dan Inovasi

“Jika beliau (Hafez) tidak berminat untuk berkhidmat, lebih baik undur diri awal-awal. Beri peluang kepada orang lain yang mahu berkhidmat kepada rakyat jelata.

 ??  ?? AHLI Majlis Tertinggi Persatuan Kadayan Sabah merakamkan gambar kenangan bersama Yusof sempena majlis itu.
AHLI Majlis Tertinggi Persatuan Kadayan Sabah merakamkan gambar kenangan bersama Yusof sempena majlis itu.
 ??  ?? YUSOF melakukan gimik perasmian Persatuan Kadayan Sabah Zon Usuk sempena majlis itu.
YUSOF melakukan gimik perasmian Persatuan Kadayan Sabah Zon Usuk sempena majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia