Utusan Borneo (Sabah)

Tragedi tebusan dalam pasar raya, suspek tembak nenek

Suspek tembak nenek sebelum bunuh wanita akhirnya berjaya ditangkap: Polis

-

LOS ANGELES: Seorang suspek bersenjata, yang didakwa menembak neneknya dan seorang mangsa lain, berkurung di dalam sebuah pasar raya dan kemudian menembak mati seorang wanita di bandar raya Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), sebelum berjaya ditangkap kelmarin, kata polis.

“Seorang suspek lelaki terbabit dalam pertikaian keluarga yang menyebabka­nnya menembak neneknya dan seorang wanita di tempat kejadian,” kata Sarjan Barry Montgomery kepada wartawan.

“Suspek itu lari dari lokasi dalam kenderaan neneknya, membawa mangsa wanita terbabit bersamanya dan akhirnya memasuki pasar raya Trader Joe selepas serangan tembakan yang membabitka­n seorang anggota polis,” katanya.

Datuk Bandar Eric Garcetti berkata, seorang wanita ditembak di dalam pasar raya tersebut kemudian disahkan mati di tempat kejadian.

“Satu kematian telah berlaku di dalam (pasar raya), seorang wanita,” kata Garcetti, tanpa memberikan nama wanita itu.

Suspek kemudian berkurung di dalam pasar raya dengan beberapa orang yang tidak diketahui jumlah mereka, tetapi ditahan reman tanpa sebarang insiden lanjut, menurut polis.

“Kami sudah berjaya membawa suspek dalam tahanan tanpa insiden.

polis dan anggota bomba mengiringi seorang wanita yang diletakkan di atas usungan selepas seorang suspek menahan beberapa tebusan dalam sebuah pasar raya di Silverlake, Los Angeles kelmarin.

“Situasi masih tidak menentu sementara anggota polis membersihk­an lokasi,” menurut Jabatan Polis Los Angeles dalam Twitter rasminya.

Presiden AS Donald Trump terdahulu ‘tweet’ bahawa beliau sedang memantau rapi situasi tebusan yang mungkin sedang berlaku di Los Angeles.

Devin Field, seorang lelaki yang menyatakan dia memasuki pasar raya ketika insiden itu berlaku, menceritak­an tentang pengalaman­nya dalam siri ‘tweet’.

“Saya sedang berjalan masuk apabila sebuah kereta yang melarikan diri daripada kepungan polis merempuh lampu jalan di hadapan pintu masuk.

“Lelaki bersenjata keluar dan mula menembak polis.

“Saya bersembuny­i di belakang sebuah tembok penahan bersama tiga anggota polis sehingga mereka menyuruh saya merangkak keluar,” tulis Field, dengan akaun Twitter yang memperkena­lkannya sebagai penulis untuk program TV ‘Jimmy Kimmel Live’.

“Lelaki bersenjata berjalan masuk sambil menembak.

“Dia pergi ke belakang dan menculik tebusan.

“Pekerja menyelinap keluar menerusi pintu kecemasan keluar di belakang.

“Pekerja berkata lantai berlumuran darah, tetapi tidak diketahui milik siapa,” dia menulis. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI — Gambar AFP
PEGAWAI — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia