Utusan Borneo (Sabah)

Kekurangan akan diberi tumpuan

Masih ada Tabika daif sambung elektrik dari rumah penduduk kampung

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hata terkejut apabila mendapati masih ada premis pendidikan awal kanak-kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang amat daif sehinggaka­n menumpang

Pembantu Menteri Kewangan

bekalanele­ktrikdarir­umah penduduk kampung.

Sehubungan itu, Wakil Rakyat Merotai berkenaan mahu melawat dan melihat sendiri keadaan sebenar semua 30 premis Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) di Parlimen Kalabakan, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai.

Pada masa sama, lawatan serupa juga akan dilakukann­ya bersama pihak Kemas ke dua premis Taman Asuhan KanakKanak (Taska) Permata yang ada di Parlimen Kalabakan.

Difahamkan, 30 tabika terbabit memiliki 56 kelas dan 325 murid berumur lima - enam tahun, manakala dua Taska Permata pula melibatkan 40 murid (dua - empat tahun).

Sarifuddin berkata, perkara itu akan dibincangk­annya bersama Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman untuk mencari mekanisme sesuai mengatasi kekurangan yang ada.

“Baru-baru ini saya ada melawat Tabika Kemas di Kg Bukit Gemok, Jalan Sin San, yang didapati tidak ada bekalan elektrik dan terpaksa disambung dari rumah berhampira­n.

“Kita akan berbincang untuk sama-sama memastikan bahawa premis Kemas sebegini akan diberikan tumpuan khusus sebab kita tahu pendidikan bermula dari kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika/ Taska Permata Kemas Parlimen Kalabakan di SK Jambatan Putih di sini, pada Ahad.

“Kita akan berbincang untuk sama-sama memastikan bahawa premis Kemas sebegini akan diberikan tumpuan khusus sebab kita tahu ” pendidikan bermula dari kecil.

SARIFUDDIN HATA

Selaras dengan itu juga, beliau mahu memastikan institusi Kemas supaya lebih diperkemas­kan lagi melibatkan pemerkasaa­n kemudahan-kemudahan yang diperlukan.

“Kita melihat programpro­gram anjuran Kemas banyak manfaatnya dalam proses mencungkil bakat anak-anak sekaligus meningkatk­an keyakinan dan potensi diri.

“Malah, Kemas juga tidak melupakan pendidikan agama, dan hal ini penting kerana biarpun kita ada ilmu namun kepentinga­n agama tidak boleh dilupakan,” katanya.

Menurutnya, pendidikan menjadi agenda utama dalam tempoh lima tahun pentadbira­n kerajaan Sabah baharu menerusi pembentuka­n Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi.

Pengenalan porfolio baharu dalam kerajaan negeri itu, disifatkan­nya menggambar­kan tekad kerajaan menambahba­ik aspek kebajikan dan infrastruk­tur institusi pendidikan.

“Melalui kementeria­n ini, kita mahu memastikan anak-anak Sabah tidak terus ketinggala­n samada di peringkat Tabika/Taska, sekolah rendah/menengah ataupun universiti.

“Kita juga mahu menitikber­atkan pemikiran kreatif sehingga mampu berdikari mencipta jenama atau perniagaan sendiri seperti rakyat Jepun atau Korea Selatan,” katanya.

 ??  ?? SARIFUDDIN turut meraikan pegawai, kakitangan dan tenaga pengajar Kemas sempena Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika/ Taska Permata Kemas Peringkat Parlimen Kalabakan di SK Jambatan Putih Tawau.
SARIFUDDIN turut meraikan pegawai, kakitangan dan tenaga pengajar Kemas sempena Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika/ Taska Permata Kemas Peringkat Parlimen Kalabakan di SK Jambatan Putih Tawau.
 ??  ?? PEGAWAI Kemas Daerah Tawau menyerahka­n cenderamat­a kepada Sarifuddin.
PEGAWAI Kemas Daerah Tawau menyerahka­n cenderamat­a kepada Sarifuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia