Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan juragan bawa masuk lima PTI ke negara ini gagal

-

TAWAU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan seorang juragan yang cuba membawa masuk lima pendatang tanpa izin (PTI) secara curi-curi ke negara ini.

Kesemua tahanan itu dikesan APMM Tawau menerusi Operasi Pluto Timur berhampira­n kawasan perairan Wallace Bay, Pulau Sebatik di sini kira-kira jam 7.16 pagi pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten (M) Romli Mustafa berkata, tahanan berumur antara 18 hingga 45 tahun itu ditangkap di atas sebuh bot jongkong yang tidak berdaftar.

“Kita menangkap mereka kerana disyaki cuba memasuki negeri ini secara tidak sah malah turut gagal menunjukka­n dokumen pengenalan diri yang diiktiraf,” katanya.

Romli berkata, mengikut keterangan yang diambil daripada tahanan terlibat, bot jongkong itu dikatakan dalam perjalanan masuk ke negara ini dari Nunukan, Kalimantan Utara.

Berikutan itu, APMM Tawau membawa keenamenam tahanan dan bot jongkong yang dirampas ke Jeti Maritim untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/ 63.

“Kita akan meningkatk­an lagi rondaan dan penguatkua­saan dari masa ke semasa untuk memastikan aktiviti perlanggar­an undangunda­ng dapat dibanteras dan dikurangka­n.

“Khususnya di perairan negara di sekitar kawasan Zon Maritim Tawau,” katanya, sambil mengajak orang ramai supaya menghubung­i APMM Tawau untuk sebarang aduan.

Orang ramai boleh menghubung­i Bilik Operasi APMM Tawau secara terus melalui nombor telefon 089752115 atau MERS999 untuk sebarang kes kecemasan di laut.

-Oleh AMIR ANUAR

 ??  ?? CUBAAN seorang juragan menyusup masuk ke perairan negara dengan membawa lima PTI gagal, selepas dikesan dalam Operasi Pluto Timur berhampira­n perairan Wallace Bay Sebatik Tawau.
CUBAAN seorang juragan menyusup masuk ke perairan negara dengan membawa lima PTI gagal, selepas dikesan dalam Operasi Pluto Timur berhampira­n perairan Wallace Bay Sebatik Tawau.
 ??  ?? KEENAM-enam tahanan termasuk juragan kini disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/ 63 kerana memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
KEENAM-enam tahanan termasuk juragan kini disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/ 63 kerana memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia