Utusan Borneo (Sabah)

Bukan gerabak kereta api yang terjatuh

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Insiden jentera terjatuh ketika diangkat menggunaka­n kren tidak melibatkan gerabak kereta api.

Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) Melvin V. Majanga berkata, kejadian di pelabuhan itu melibatkan jentera penyelengg­ara landasan (ballast regulator).

Beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan insiden terbabit melibatkan gerabak kereta api yang baharu.

Menurutnya, jentera berkenaan belum diserahkan kepada JKNS dan masih di bawah tanggungja­wab pembekal.

“JKNS hanya akan menerimany­a dalam keadaan yang sempurna,” katanya dalam kenyataan berhubung insiden itu di sini pada Ahad.

Terdahulu, video berdurasi seminit menunjukka­n kejadian jentera terjatuh di atas lori treler semasa proses pemindahan dijalankan.

Tiga lelaki dipercayai pekerja yang berada di lokasi kejadian sempat lari menyelamat­kan diri tanpa mengalami kecederaan.

Rakaman insiden terbabit tular di media sosial hingga menimbulka­n pelbagai spekulasi sama ada ia berkaitan dengan keretapi baharu yang dibeli kerajaan.

Dalam pada itu, sumber daripada pihak pelabuhan menjelaska­n kejadian terbabit berlaku di salah sebuah jeti persendiri­an dan tidak melibatkan operasi di pelabuhan.

Setakat ini, pihak pelabuhan tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian terbabit.

Katanya, kren sebagaiman­a dalam rakaman video itu tidak digunakan di pelabuhan.

Pihaknya juga hanya menggunaka­n kapal jenis kontena dan bukan kapal jenis konvension­al seperti dalam video berkenaan.

 ??  ?? RAKAMAN video yang memaparkan insiden jentera penyelengg­ara landasan terjatuh semas proses pemindahan dijalankan.Kelihatan pekerja sempat berlari menyelamat­kan diri semasa kejadian itu.
RAKAMAN video yang memaparkan insiden jentera penyelengg­ara landasan terjatuh semas proses pemindahan dijalankan.Kelihatan pekerja sempat berlari menyelamat­kan diri semasa kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia