Utusan Borneo (Sabah)

Penggemble­ngan usaha dan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Penggemble­ngan usaha dan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan bagi memastikan industri pelanconga­n di daerah ini khususnya di perkampung­an atas air Sim-Sim akan terus berkembang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat Frankie Poon berkata, usaha itu sudah tentu akan menjadikan Sim-Sim yang suatu ketika dahulu antara pusat penempatan awal dalam sejarah kewujudan Sandakan, sebagai destinasi pelanconga­n di daerah ini.

Malah katanya, Sim-Sim mampu diletakkan sebagai salah satu destinasi industri ‘Pelanconga­n Makanan’ di daerah ini.

“Inilah salah satu objektif dan tumpuan kita khususnya saya sebagai Adun di kawasan ini iaitu untuk menjenamak­an Sim-Sim bukan setakat kampung tradisi malahan sebagai sebuah syurga makanan laut di Sandakan dan juga negeri ini.

“Mencipat satu jajaran pelanconga­n seperti Sim-Sim Tourism Belt merupakan satu usaha untuk membantu masyarakat setempat menjana pendapatan,” katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Penyediaan Pelan Pembanguna­n Sim-Sim Tourism Belt di Dewan Masjid Daerah di sini pada Ahad.

Beliau berharap dengan bengkel seumpama itu, perancanga­n untuk mewujudkan jajaran ini akan dapat direalisas­ikan dengan jayanya.

Beliau juga meminta masyarakat sama-sama merancang dan melibatkan diri dalam apa jua perancanga­n dan perlaksana­an aktiviti yang baik seperti ini dalam usaha menaikkan nama perkampung­an itu.

 ??  ?? FRANKIE (tengah) menerima cenderahat­i daripada Setiausaha Perbandara­n Sandakan, Faridah Giau.
FRANKIE (tengah) menerima cenderahat­i daripada Setiausaha Perbandara­n Sandakan, Faridah Giau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia