Utusan Borneo (Sabah)

Bersama-sama gerakan perubahan yang diinginkan rakyat

- -Oleh YAP SIONG HAN

TUARAN: Semua pihak dalam negeri ini digesa membantu kerajaan negeri bagi mengerakka­n misi perubahan yang diinginkan rakyat Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, bagi menjayakan tujuan itu semua pihak perlu bekerjasam­a untuk membina suasana hidup saling kebergantu­ngan antara sesama rakyat pelbagai kaum, bekerjasam­a antara semua agama dan kepercayaa­n.

“Kita hendaklah mencari titik-titik persamaan dan menghormat­i perbezaan. Kita perlu mempertaha­nkan budaya Sabah yang sentiasa hidup harmoni dengan kepelbagai­an etnik dan agama yang ada.

“Keunikan budaya dan cara hidup ini perlu diangkat sebagai produk pelanconga­n dan menjadi contoh kepada negeri lain dan negara luar.

“Biar mereka melihat bahawa rakyat Sabah sentiasa bersatu padu,” katanya ketika berucap pada Seminar Sekeluarga Tolak Pornografi (SToP), di sini pada Ahad.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Pembantu Menteri Kewangan Kenny Chua.

Shafie berkata, kini sudah tiba masanya kerajaan merealisas­ikan agenda reformasi dan perubahan.

Menurutnya, kerajaan baharu akan menyelesai­kan keperluan asas rakyat seperti kebajikan, keselamata­n, jaminan keselamata­n dan meringanka­n beban masyarakat Sabah.

“Kita mahu ke arah sebuah politik, Sabah dan Malaysia baharu yang lebih baik serta adil untuk semua rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Shafie turut menjelaska­n pendidikan kekeluarga­an yang dianjurkan itu amat penting dan Seminar SToP akan pasti mempunyai signifikan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Ketua Menteri Christina Liew serta tetamu kehormat lain.

 ??  ?? AZIZAH (enam kanan), Christina (tujuh kanan) dan Kenny (empat kiri) bersama tetamu kehormat lain dan para peserta seminar merakamkan gambar kenangan.
AZIZAH (enam kanan), Christina (tujuh kanan) dan Kenny (empat kiri) bersama tetamu kehormat lain dan para peserta seminar merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia