Utusan Borneo (Sabah)

Aktivis berhasrat buat perkhidmat­an van jenazah percuma

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Selepas menawarkan khidmat menghantar pergi dan balik pesakit kurang berkemampu­an dari rumah ke hospital dengan kenderaan miliknya sendiri, seorang aktivis kebajikan dan kemasyarak­atan, Yunizam Yusop kini berhasrat membuat perkhidmat­an van jenazah untuk mereka yang memerlukan di sekitar daerah ini.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan A bam Botak berkata, selain perkhidmat­an menghantar jenazah ke tanah perkuburan secara percuma, perkhidmat­an pengurusan jenazah untuk keluarga terutama bagi yang tidak berkemampu­an juga akan dilaksanak­an.

“Antara perkhidmat­an yang akan kita sediakan termasuk pengurusan jenazah, memandikan, mengkafank­an, solat dan pengebumia­n serta pengangkut­an ke tanah perkuburan,” tambahnya.

Sehubungan itu, pihak yang prihatin untuk mewakafkan sebuah van untuk dijadikan van jenazah ataupun mahu membantu amat dialualuka­n.

Mereka yang berhasrat membantu boleh menghubung­i Yunizam Yusop di talian 014-8333310 untuk maklumat lanjut.

Yunizam dikenali sebagai seorang individu yang aktif melakukan kerja-kerja amal di daerah ini seperti menawarkan khidmat penghantar­an pesakit secara percuma ke hospital selain membantu golongan yang memerlukan termasuk ditimpa musibah kebakaran dan lain-lain.

Usahanya itu juga mendapat perhatian ramai pihak yang sama-sama prihatin serta mahu membantu beliau dan rakan-rakan sukarelawa­nnya yang lain.

 ??  ?? KHIDMAT kereta percuma oleh Yunizam ke hospital untuk mereka yang kurang berkenampu­an.
KHIDMAT kereta percuma oleh Yunizam ke hospital untuk mereka yang kurang berkenampu­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia