Utusan Borneo (Sabah)

Status Unit Tahfiz Al-Barakah diketahui Ogos ini

-

IPOH: Keputusan sama ada operasi Unit Tahfiz alQuran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi di sini akan diteruskan atau sebaliknya, dijangka diketahui 5 Ogos depan selepas perbincang­an dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri selesai.

Pengasas dan Pengetua pusat berkenaan Datuk Mohd Kazim Elias berkata beliau telah berbincang dengan beberapa pengendali pusat tahfiz yang berminat mengambil alih pengurusan serta kakitangan dan pelajar pusat pendidikan itu.

Bagaimanap­un katanya jika perkara itu tidak menjadi kenyataan, beliau akan cuba mengurangk­an skop dari segi tenaga pengajar dan sistem pembelajar­an dengan hanya memberi fokus kepada pengajian tahfiz sematamata.

“Ini bermakna tidak ada lagi bidang akademik seperti SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), Bahasa Mandarin, Tamil atau Cina yang akan diajar di pusat pendidikan ini.

“Namun saya rasa berat (buat keputusan mengurangk­an skop tenaga pengajar dan pembelajar­an) sebab saya mahu pelajar tahfiz ini menjadi seorang yang profesiona­l,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pernikahan pasangan warga emas yang belajar di pusat pendidikan itu, di sini pada Ahad.

Pusat Pendidikan AlBarakah yang beroperasi pada 2006 mempunyai tiga unit iaitu Tahfiz alQuran, Pondok Pengajian Dewasa dan Tadika Nurul Barakah.

Dalam pada itu, Mohd Kazim turut mendedahka­n pihaknya telah menerima sumbangan sebanyak RM150,000 daripada kerajaan negeri Perak barubaru ini bagi membantu pengurusan pusat pendidikan berkenaan.

“Terima kasih kerana prihatin dengan kekangan kewangan pusat pendidikan ini dansa ya sedang menunggu tarikh serta masa sesuai untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar (Ahmad Faizal Azumu),” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Faizal berkata pihaknya akan mengadakan perbincang­an dengan Mohd Kazim untuk mengenal pasti kaedah sesuai bagi membolehka­n pusat pendidikan itu terus beroperasi seperti biasa berikutan kekangan kewangan yang dihadapiny­a.

Mohd Kazim turut melahirkan rasa syukur kerana beliau mula menerima pelbagai jemputan program ceramah dan kuliah sejak isu berkenaan dilaporkan pihak media dan tular di media sosial.

“Saya mula menerima kembali tawaran program ceramah agama di stesen televisyen swasta dan pelbagai pihak telah menjemput saya untuk menyampaik­an ceramah dan kuliah.

“Jemputan ceramah dan kuliah kembali normal sehingga 50 peratus dan kemungkina­n bulan September ini ia akan kembali pulih seperti sebelum ini,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia