Utusan Borneo (Sabah)

60 murid SK Gas Sandakan terima sumbangan

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (Pewanis) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinabatang­an telah menyantuni dan menghulurk­an sumbangan kepada 60 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gas (Batu Sapi) di sini, pada Jumaat.

Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Kinabatang­an, Ariffin Nanas berkata kesemua murid berkenaan merupakan antara mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran di Kampung Gas Sandakan yang berlaku pada 27 Jun lalu.

Katanya, penyerahan sumbangan yang diadakan di sekolah itu disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul dan juga Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatang­an Suhaimi Othman.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Haji Sh Mahada Sh Attar dan para pegawai dari PPD Kinabatang­an.

Ariffin berkata, program kunjungan ke SK Gas untuk menyantuni dan menghulurk­an sedikit sumbangan kepada muridmurid terbabit adalah merupakan salah satu acara pengisian sempena Majlis Sambutan Hari Guru 2018 dan Penyampaia­n Sijil Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) gabungan PPD Kinabatang­an dan PPD Telupid (Tongod) yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Sabtu.

Katanya, sumbangan berkenaan diberikan kepada semua murid yang terlibat sebagai tanda simpati dengan nasib yang menimpa murid dan keluarga mereka dalam tragedi kebakaran itu, selaras dengan konsep masyarakat prihatin dan ‘guru penyayang’.

“Tahniah dan terima kasih atas keprihatin­an pengarah JPN Sabah (Maimunah) kerana walaupun sibuk untuk bagi memenuhi jemputan menghadiri Majlis Hari Guru dan APC Gabungan PPD Kinabatang­an dan PPD Telupid, namun sempat meluangkan masa berjumpa dan menyantuni muridmurid SK Gas yang terbabit sebagai mangsa kebakaran di Kg Gas Batu Sapi dan seterusnya menyampaik­an sumbangan Pewanis JPN Sabah kepada murid-murid tersebut,” jelas Ariffin yang juga penyelaras acara penyampaia­n sumbangan itu.

Dalam majlis ringkas tapi amat bermakna itu, M a imun a h turut memberikan katakata semangat dan motivasi khasnya kepada murid-murid yang terlibat sebagai mangsa tragedi kebakaran itu yang pastinya memberi kesan mendalam terhadap muridmurid terbabit.

Sementara itu, menurut laporan Bernama, kebakaran yang berlaku kira-kira 1.50 tengah hari pada 27 Jun itu memusnahka­n sebanyak 147 rumah, melibatkan 1,259 orang mangsa dari 171 keluarga.

Seramai 578 orang mangsa kebakaran itu dari 125 keluarga telah ditempatka­n sementara selama beberapa hari di bangunan SK Gas sebelum dipindahka­n ke Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi, Sandakan.

 ??  ?? PPD Kinabatang­an, Suhaimi Othman turut menghulurk­an sumbangan kepada murid SK Gas (mangsa kebakaran).
PPD Kinabatang­an, Suhaimi Othman turut menghulurk­an sumbangan kepada murid SK Gas (mangsa kebakaran).
 ??  ?? MAIMUNAH menyerahka­n sumbangan Pewanis kepada murid-murid SK Gas Sandakan yang terlibat sebagai mangsa kebakaran rumah pada 27 Jun lalu sambil diiringi Sh. Mahada (kiri) dan Suhaimi.
MAIMUNAH menyerahka­n sumbangan Pewanis kepada murid-murid SK Gas Sandakan yang terlibat sebagai mangsa kebakaran rumah pada 27 Jun lalu sambil diiringi Sh. Mahada (kiri) dan Suhaimi.
 ??  ?? MAIMUNAH menyantuni dan memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada murid-murid yang terlibat sebagai mangsa kebakaran di kampung mereka.
MAIMUNAH menyantuni dan memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada murid-murid yang terlibat sebagai mangsa kebakaran di kampung mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia