Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar Politeknik Sandakan hasilkan bebola daging ‘PSS Premium Meatball’

- Oleh SALMAN ABADI wakil pelajar dari Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti yang menyertai program itu.

SANDAKAN: Dua pelajar Politeknik Sandakan Sabah (PSS) iaitu Kippi Dinny Anak Nosin dan Asty Adriana Simon telah dipilih menyertai program Siswaprene­ur Showcase Siri Dua (2018) bersempena Rainforest World Music Festival (RWMF) di Kampung Budaya, Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Program selama tiga hari itu bermula 13 hingga 15 Julai lepas merupakan anjuran Kementeria­n Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi).

Penganjura­n program bertujuan mempromosi­kan produk-produk hasil inovasi dan keusahawan­an pelajarpel­ajar Politeknik dan Kolej Komuniti ke pasaran yang lebih komersil.

Selain itu, ia juga bertujuan memberi peluang dan pendedahan kepada para pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti terhadap dunia keusahawan serta

Dinny dan Asty Adriana (kanan) mewakili Politeknik Sandakan dalam program Siswaprene­ur Showcase Siri Dua (2018) sempena Rainforest World Music Festival di Kampung Budaya, Kuching Sarawak.

mendedahka­n mereka kepada situasi pemasaran dan keusahawan­an yang lebih luas, meliputi bukan sahaja komuniti sekeliling tetapi juga komuniti luar negara.

Dua pelajar yang mewakili Politeknik Sandakan itu telah mengetenga­hkan produk bebola daging iaitu ‘PSS Premium Meatball’ yang telah mendapat sambutan yang amat menggalakk­an daripada para pengunjung sempena program itu.

Mereka amat menggemari tekstur bebola daging yang padat dengan daging. Tambahan pula, pengunjung juga amat meminati sos lada hitam dan kentang lenyek yang dihasilkan khas oleh para pelajar siswaprene­ur PSS sendiri.

Menariknya, semua stok yang di bawa dari Sandakan telah habis dijual.

Di samping itu, terdapat juga pelbagai komen membina yang bertujuan untuk menambah baik kualiti produk yang dihasilkan.

“Peluang keusahawan­an seperti ini perlu diambil sepenuhnya oleh para pelajar kerana dengan mengikuti program luar bertaraf antarabang­sa ini, ia dapat menambah pengalaman kepada pelajar, bak kata pepatah, ‘jauh perjalanan, luas pemandanga­n’.

“Dengan penyertaan sperti ini juga, kita dapat membentuk jati diri pelajar yang tahan fizikal dan mental mereka, yang mana bukan sahaja penting dalam bidang keusahawan­an, tetapi dalam apa juga bidang yang mereka akan ceburi,” kata pegawai pengiring pelajar PSS, Muhammad Mursyid Mohd Tanos.

Pengarah Politeknik Sandakan Tajul Ariffin Mohamed Arif merakamkan penghargaa­n dan amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program itu, khasnya pihak penganjur yang telah memberi peluang kepada para pelajar politeknik untuk menyertai program berkenaan.

Beliau berharap program seumpamany­a dapat diteruskan pada masa akan datang, selain membolehka­n lebih ramai lagi pelajar berpeluang menyertain­ya dalam usaha memberi pendedahan dan pengalaman penting dalam dunia keusahawan­an.

 ??  ?? SEBAHAGIAN
SEBAHAGIAN
 ??  ?? KIPPY
KIPPY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia