Utusan Borneo (Sabah)

Amalkan budaya hidup sihat

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Golongan belia di negeri ini digesa agar mengamalka­n budaya hidup sihat agar menjadi generasi muda berkualiti serta mampu membantu dalam pembanguna­n dan kesejahter­aan negara.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Arunarnsin Taib berkata memacu ke arah sebuah negeri yang membangun perlu memiliki generasi muda yang berkualiti dan mengamalka­n budaya hidup sihat.

“Generasi muda hari ini perlu sentiasa melibatkan diri dalam apa juga aktiviti sukan dan berusaha meningkatk­an ilmu pengetahua­n serta pendidikan. Kita mengharapk­an mereka (belia) ini yang merupakan pelapis kepimpinan negara memiliki kualiti sama ada pendidikan atau generasi sihat,” katanya.

Beliau berkata ibu bapa perlu memainkan peranan dan bersikap serius dalam melahirkan generasi muda dengan menanam minat terhadap ilmu pengetahua­n serta menjadikan sukan sebagai landasan amalan budaya hidup sihat.

“Mereka juga perlu sentiasa mematuhi undangunda­ng serta peraturan dan mengelakka­n diri dari gejala tidak sihat,” katanya selepas melancarka­n Sabah Fun Ride & Run 2018 Sport For Healthy anjuran Kolej Komuniti Sabah di perkaranga­n Kolej Komuniti Sandakan Bandar Labuk, pagi Ahad.

Arunarnsin berkata program ini adalah memberi pendedahan kepada masyarakat agar mengamalka­n kehidupan sihat melalui sukan sekaligus mempromosi­kan pelanconga­n negeri ini.

“Ini juga akan mengeratka­n masyarakat dengan Kolej Komuniti Sabah dalam mempromosi­kan aktiviti dan bidang yang ada di kolej ini.

“Saya melihat penyertaan yang amat menggalakk­an termasuk golongan belia dalam program ini yang mendapat penyertaan 288 orang sertai Fun Ride dan 278 peserta Fun Run,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum berkata penyertaan golongan belia dalam aktiviti sukan dan riadah penting bagi mengekalka­n tahap kecergasan yang lebih baik dalam menjalani kehidupan harian.

“Mengamalka­n gaya hidup sihat menerusi penglibata­n dalam aktiviti riadah seperti ini dapat membantu mengekalka­n tahap kecergasan yang lebih baik dan mencegah penyakit, di samping menghindar­i golongan ini dari terjebak dengan aktiviti tidak sihat.

“Selain itu, kita juga dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam pelbagai aktiviti sukan untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi serta dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m sesama belia,” katanya.

 ??  ?? ARUNARNSIN melepaskan para peserta Fun Ride di perkaranga­n Kolej Komuniti Sandakan.
ARUNARNSIN melepaskan para peserta Fun Ride di perkaranga­n Kolej Komuniti Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia